Sunday, August 22, 2010

PROGRAM KHEMAH IBADAT QIAMULLAIL RAMADHAN 2010 TEMA: ‘ MEMBINA JASMANI MEMPERKASA ROHANI ‘

Qiamullail merupakan amalan mulia para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh sebelum kita di mana ianya banyak memberi kebaikan yang tidak ternilai seperti mana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullail kerana sesungguhnya itulah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada Tuhanmu dan membersihkan dosa-dosamu dan menghindarkan kamu daripadanya serta ia mengusir penyakit dari tubuh “ Berdasarkan faktor berikut, program ini dirancang diperingkat sekolah dalam usaha mentajdid kekuatan fizikal, mental dan spiritual seterusnya dapat mengislah pelajar supaya dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Program Khemah Ibadat Qiamullail ini disertai oleh murid Tingkatan 5 SMKGB. Pendaftaran peserta bermula jam 5.00 petang, diikuti dengan tadarus Al-Quran. 7.20 petang majlis berbuka puasa di Dewan Makan Asrama SMK Ghafar Baba. Seawal jam 3.00 pagi, murid dikejutkan untuk meneruskan aktiviti program Qiamullail. Solat Sunat Tasbih, Sunat Tahajud diimamkan oleh Ustaz Haziman. Turut menyertai program Qiamullail ini ialah Pn Pengetua, Pn Hjh Nubah binti Aton berserta beberapa orang guru pengiring yang mengawal murid. Semoga program Qiamullail ini dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan dan seterusnya merangsang roh mereka kearah sifat-sifat mahmudah









Thursday, August 12, 2010

MALJIS PELANCARAN EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU 2011 DAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI SERTA PASUKAN SORAK 2010

SMK Ghafar Baba sentiasa memastikan pencapaian dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan sahsiah diri murid berada pada tahap kecemerlangan yang tinggi. Justeru itu, SMK Ghafar Baba sentiasa berusaha memantapkan pengurusannya melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang ke arah pencapaian misi dan visi Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Projek pendakian ke Gunung Kinabalu adalah hasil cetusan idea Pn Zainani Ngah, Guru Kanan Matapelajaran Teknik dan Vokasional SMK Ghafar Baba, juga merupakan merangkap peneraju utama Jawatankuasa Perlaksanaan Projek Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu SMKGB 2011. Ekspedisi ini yang disertai oleh murid dan guru dari SMK Ghafar Baba, diyakini akan memantapkan lagi kewibawaan mereka dari segi mental dan fizikal dalam menempuh apa jua rintangan, halangan dan dugaan serta melahirkan modal insan di mata dunia.

Bagi pertandingan kawat kaki dan sorak pula, ia diadakan bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dikalangan murid serta menggalakkan murid beriadah dan aktif dalam aktiviti diluar bilik darjah













Wednesday, August 4, 2010

Latihan Pertandingan Kawad Kaki dan Pasukan Sorak

Pada 7 Ogos 2010, akan diadakan pertandingan Kawad Kaki bagi Pasukan Beruniform dan Pasukan Sorak bagi Rumah Sukan. Hari ini , 4 Ogos 2010 adalah latihan bagi persiapan murid untuk menghadapi pertandingan yang akan diadakan Sabtu ini. Selamat berjaya kepada pasukan yang bertanding.