Friday, September 3, 2010

Sumbangan Hari Raya Aidil fitri




Selamat Hari Raya -Saloma

( 1 )
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

( 2 )
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

( ulang 1 & 2 )

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya


Tinggal lagi seminggu, umat Islam akan menyambut hari lebaran. Lagu Selamat Hari Raya juga sering kedengaran di corong-corong radio mahupun di pasaraya di Malaysia. Bagi menyambut bulan Syawal yang bakal tiba, SMK Ghafar Baba telah memberi sumbangan Hari Raya bagi murid-murid SMK Ghafar Baba yang terpilih. Semoga lebaran yang datang pada tahun ini memberi 1001 makna kepada semua warga SMK Ghafar Baba. Salam aidilfitri , maaf zahir dan batin kepada semua dari kami, admin Blog SMK Ghafar Baba.













MALJIS PENUTUPAN BULAN PATRIOTISME DAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDIL FITIRI 2010

Bulan Ogos tidak asing lagi bagi negara kita, iaitu Malaysia untuk menyambut hari kemerdekaan bagi negara kita. Justeru itu, SMK Ghafar Baba turut menyambutnya dengan pelbagai pertandingan dan aktiviti bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dikalangan murid dan warga SMK Ghafar Baba. Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama sebulan iaitu seperti pertandingan teka silang kata, Penulisan Esei Kemerdekaan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Pertandingan Keceriaan Kelas dan Bilik-Bilik Khas. Pada hari ini, majlis penutupan bulan Patriotisme berjalan dengan baik dan lancar. Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang baik dari murid-murid serta warga pendidik SMK Ghafar Baba. Diharapkan semangat patriotisme dan cintakan negara turut disemai di jiwa mereka. MERDEKA...MERDEKA..MERDEKAA....
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.







Thursday, September 2, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA PROGRAM EHYA RAMADHAN 2010. 1431 H Peringkat Sekolah SMKGB

Tadarrus Al-Quran merupakan amalan mulia para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh sebelum kita di mana ianya banyak member kebaikan yang tidak ternilai sebagaimana Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang memeriahkan bulan Ramadan dengan ibadah/qiyamu ramadhan; (dan dilakukan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka akan diampuni segala dosanya yang telah lalu”. Al-Shan’ani dalam kitabnya Subulus Salam menjelaskan, qiyam ramadhan (dalam hadist diatas) adalah mengisi dan memeriahkan malam Ramadlan dengan melakukan solat dan membaca Al-Qur’an. (Subulus Salam Juz II, h. 173)

Berdasarkan faktor-faktor berikut, program ini dirancang diperingkat sekolah dalam usaha mentajdid kekuatan fizikal, mental dan spiritual seterusnya dapat mengislah pelajar supaya dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.