Friday, December 31, 2010

MAJLIS PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU TAHUN 2011

Pada 31 Disember 2011, SMK Ghafar Baba telah mengadakan Majlis Pendaftaran Murid Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan tahun 2011. Seramai 800 murid Tingkatan Satu dari Rancangan Khas serta Kawalan telah daftar di SMK Ghafar Baba. Pada majlis ini juga, murid diberikan buku teks serta pembelian keperluan sekolah seperti buku-buku latihan , nota dan lain-lain keperluan di Koperasi SMK Ghafar Baba selain pembayaran yuran sekolah yang dibuat di kelas masing-masing.
Satu sesi dialog bersama Pengetua SMK Ghafar Baba, Pn Hjh Nubah binti Aton turut diadakan dengan ibu bapa serta penjaga murid Tingkatan Satu.
Objektif majlis ini diadakan ialah untuk

·1. Menyampaikan dan berkongsi maklumat awal mengenai proses pembelajaran dan pengajaran serta permasalahan yang kerap berlaku dikalangan murid SMKGB.

· 2. Mengeratkan ukhwah antara organisasi sekolah dengan ibu bapa dan penjaga.


Semoga murid Tingkatan 1 dapat meneruskan lagi serta meningkatkan lagi prestasi sekolah dari segi kurikulum serta kokurikulum.

Sunday, December 26, 2010

KEPUTUSAN PMR 2010

Keputusan PMR 2010 telah pun diumumkan pada 23 Disember 2010 bersamaan pada hari Khamis. Calon-calon PMR 2010 telah berada di sekitar kawasan sekolah bermula jam 9.00 pagi. Pada pukul 11.00 pagi, keputusan diedarkan kepada calon PMR 2010. Seramai 38 calon dari 199 calon PMR 2010 memperolehi 8A. SMK Ghafar Baba merupakan antara sekolah yang mencapai lulus 100%, dan merupakan sekolah harian bagi Negeri Melaka yang mencapai keputusan lulus 100%. Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya serta nasihat dan bimbingan guru-guru SMK Ghafar Baba yang turut menyumbang tenaga dan masa dalam mendidik serta mengajar terhadap calon-calon PMR ini.