Monday, January 31, 2011

MAJLIS PERPISAHAN PN HJH NORAININ BINTI AB LATIF

Pada hari ini, SMK Ghafar Baba kehilangan satu lagi lilin yang telah 12 tahun bernyala di sekolah ini. Pn Hjh Norainin bt Abd Latif merupakan salah seorang guru yang telah berkhidmat di SMK Ghafar Baba, bermula pada tahun 1999. Kini beliau menyambungkan perkhidmatan beliau di SMA Darul Falah sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik. Jasa dan sumbangan beliau, terutamanya dalam pengurusan Biasiswa murid sangatlah dikenang dan dihargai.
Semoga kenangan manis beliau di SMK Ghafar Baba senantiasa tersemat di hati.

Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu-Rinduan.

Salam perpisahan dari Admin Blog SMK Ghafar Baba serta warga SMK Ghafar Baba







MOTIVASI GERAK SEDAR ASRAMA SMKGB 2011

Keberkesanan sesebuah asrama di sebuah sekolah harian amat bergantung kepada kepimpinan dan kerjasama semua warga asrama tersebut. Pembangunan motivasi dan disiplin warga asrama merupakan landasan asas ke arah kecemerlangan diri.
Program ini diadakan sebagai pendedahan awal bagi menyedarkan warga asrama betapa pentingnya menuntu ilmu, mengenal diri dan menghargai pengorbanan ibu bapa serta penjaga meraka dalam memberikan pendidikan yang sempurna untuk masa hadapan.Budaya disiplin yang tinggi ini diharapkan dapat diteruskan selamanya walaupun di mana jua mereka berada.




Monday, January 24, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MURID TAHUN 2011

Pemimpin murid di dalam sesebuah sekolah merupakan aset terpenting institusi berkenaan dalam membantu pihak sekolah meningkatkan dan mengekalkan kelestarian akademik dan sahsiah murid-muridnya ke tahap yang membanggakan. Pemimpin-pemimpin murid di sekolah pada hari ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, Ahli Lembaga Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua-ketua Kelas dan Pengawas Asrama yang membantu pihak sekolah dalam bidang pengurusan masing-masing. Majlis pelantikan pemimpin murid yang dilaksanakan ini untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan di atas pelantikan murid-murid sebagai pemimpin murid di sekolah ini bagi tahun 2011 ini. Penghargaan ini juga diharapkan akan menjadi pendorong kepada murid-murid lain supaya sentiasa berfikiran positif mdan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menggarap kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang di sekolah berprestij ini.














LATIHAN RUMAH SUKAN 2011

Latihan rumah sukan
Lelaki Hari Isnin pukul 3.00-4.30 petang
Perempuan hari Selasa pukul 3.00-4.30 petang
Lokasi : Padang Asrama SMK Ghafar Baba




Saturday, January 15, 2011

Senamrobik guru



Tarikh: 15 Januari 2010
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dataran Warga, SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka










MAJLIS PENUTUP MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN 4 2011

Majlis Penutup Minggu Orientasi bagi murid Tingkatan 1 dan 4 telahpun diadakan pada 7 Januari 2011 bersamaan pada hari Jumaat. Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Noridah Rahim. Pada majlis ini, penyampaian hadiah dihadiahkan kepada pemenang yang bertanding dalam pertandingan sajak, syarahan dan nasyi


d




.