Monday, February 20, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MURID 2012

Pemimpin murid di dalam sesebuah sekolah merupakan aset terpenting institusi berkenaan dalam membantu pihak sekolah meningkatkan dan mengekalkan kelestarian akademik dan sahsiah murid-muridnya ke tahap yang membanggakan.
Pemimpin-pemimpin murid di sekolah pada hari ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, Ahli Lembaga Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua-ketua Kelas dan Pengawas Asrama yang membantu pihak sekolah dalam bidang pengurusan masing-masing.
Majlis pelantikan pemimpin murid yang dilaksanakan ini untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan di atas pelantikan murid-murid sebagai pemimpin murid di sekolah ini bagi tahun 2012 ini. Penghargaan ini juga diharapkan akan
menjadi pendorong kepada murid-murid lain supaya sentiasa berfikiran positif mdan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menggarap kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang di sekolah berprestij ini.










Thursday, February 16, 2012

Program Seminar Rasulullah SAW Pencetus Peribadi Mulia

Tarikh : 11 Februari 2012
Hari : Sabtu

Seminar ini diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1433H. Program ini disertai oleh semua guru dan murid SMK Ghafar Baba beragama Islam. Program ini dianjurkan Ummah Network Sdn Bhd. Program ini banyak memberi info kepada murid dan guru mengenai perjalanan hidup dan peribadi Rasulullah SAW.