Sempena Karnival Jubli Emas SKK SMK Ghafar Baba, Kelab Kebudayaan-Citra Matra SMKGB akan menganjurkan MALAM GEMA IRAMA 2012
bertarikh pada 30 Mac 2012(Jumaat),
jam 8.30 malam
bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, SMK Ghafar Baba.
Kehadiran anda adalah amat dialu-alukan.
Sebarang maklumat boleh dirujuk pada iklan dibawah.
Tuesday, March 27, 2012
KARNIVAL JUBLI EMAS 50 TAHUN SMKGB
Thursday, March 22, 2012
KEPUTUSAN SPM 2011
TARIKH: 21 MAC 2012
TEMPAT: DEWAN SMK GHAFAR BABA
Pada 21 Mac 2012, keputusan SPM 2011 telah diumumkan. Calon-calon SPM 2011 telah berkumpul di dalam dewan SMK Ghafar Baba sekitar jam 12.00 tengahari. Seramai 163 orang calon yang mengambil SPM 2011. Gred Purata Sekolah (GPS) telah meningkat dari tahun 2010 iaitu 4.11 kepada 3.26. Keseluruhan peratus Lulus adalah 100% dan peratus A ialah 41.0%. 6 orang murid telah mendapat ' Straight' A.
TAHNIAH diucapkan kepada semua calon-calon SPM 2011 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang serta membanggakan.

PROGRAM GURU PENYAYANG
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersifat mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibubapa, komuniti dan masyarakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)