Tuesday, January 8, 2013

Majlis Perpisahan En Abdul Ghani Abdul Hashim

Siapa yang mengenali dengan Guru cemerlang dalam bidang perkomputeran dan internet. En Abdul Ghani Hashim merupakan salah seorang warga pendidik SMK Ghafar Baba yang telah berkhidmat dari tahun 2000. Hari ini, beliau akan berpindah dan berkhidmat di Kolej Matrikulasi sebagai Pensyarah dalam Bidang Teknologi Maklumat. Segala jasa dan pengorbanan serta tunjuk ajar daripada Cikgu Ghani amat SKK SMK Ghafar Baba hargai. Terima Kasih Cikgu Ghani. Selamat berkhidmat di tempat baru dan harap berjumpa lagi.




Friday, January 4, 2013

MAJLIS PERPISAHAN EN YAHYA HASSAN,GPK KOKU SMKGB

En Yahya Bin Hassan merupakan GPK Kokurikulum SMK Ghafar Baba bermula pada 27 Julai 2009. Hari ini,En Yahya akan berpindah ke SMK Rahmat sebagai GPK HEM. Banyak jasa telah dicurahkan kepada sekolah terutama dalam bidang Bitara Kebudayaan. Terima Kasih En Yahya. Semoga kita berjumpa lagi.










Tuesday, January 1, 2013

MAJLIS PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2013

Tarikh: 1 Januari 2013
Masa: 8.00 pagi
Tempat: SKK SMK Ghafar Baba

Seramai 206 murid telah mendaftarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada warga SKK SMK Ghafar Baba bagi tahun 2013 pada hari ini. Kelas bagi Tingkatan 1 dibuka sebanyak 7 buah kelas dan nama kelas terbabit telah diberikan nama baru bersempena kecemerlangan yang membanggakan di SKK SMK Ghafar Baba iaitu
1 Bestari
1 Cemerlang
1 Gemilang
1 Lestari
1 Masyhur
1 Tersohor
1 Unggul

Semoga murid-murid Tingkatan 1 yang mendaftarkan diri menjadi sebahagian daripada warga SKK SMK Ghafar Baba akan mengekalkan serta menaikkan lagi nama baik dan kecemerlangan sekolah







SELAMAT DATANG KE SKK SMK GHAFAR BABA..