Thursday, January 29, 2015

PEMBINAAN MODUL PdP BERASASKAN VLE FROG



 Terdapat banyak model reka bentuk instruksional yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan PdP yang merangkumi perkara asas berikut: 
a) Menentukan keperluan murid 
b) Menentukan matlamat dan objektif 
c) Membina prosedur penilaian 
d)Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian 
e) Mencuba sistem pengajaran
 f) Menilai keseluruhan sistem 

Tujuan utama reka bentuk instruksional adalah untuk menghasilkan bahan PdP yang berkesan bagi membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan sistematik dapat mewujudkan kepercayaan dan keyakinan murid terhadap guru. Terdapat banyak model reka bentuk instruksional yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan PdP yang berkesan. Antaranya ialah Model ADDIE (Dick & Carey, 1978) yang banyak digunakan dalam pembangunan bahan PdP. Model ADDIE mempunyai lima komponen utama iaitu:

 (1) Analisis 
 (2) Reka bentuk 
 (3) Pembangunan 
 (4) Implimentasi 
 (5) Penilaian 

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran.Oleh yang demikian,sebagai langkah untuk membantu guru merancang proses penghasilan bahan PdP yang lengkap dan sistematik,pihak sekolah telah menjalankan satu kursus dalam perkhidmatan LDAP pada  24 Januari 2015 , bertempat di dewan sekolah ,semua guru-guru SMKGB telah menghadiri LDAP kali pertama ini  dan program 
pembinaan modul ini telah disempurnakan oleh Pn Norfadilah bt Ab Rahman daripada SMK Dol Said ,guru ICT. Kami di ajar bagaimana untuk menghasilkan soalan latihan kepada murid dengan menggunakan VLE FROG.Proses kerja agak panjang dan sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat terperinci bagi pengahasilan modul PdP sila klik DISIN


Vle frog


MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PISA SMKGB 2015


PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat. 


Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice). 

 Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea, Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.


Pisa


Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian membaca, Sains dan Matematik. 

Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut: Sumber

2009
Matematik - 57 (mata 404)
Sains - 53 (mata 422)
Membaca - 55 (mata 414)

2012
Matematik - 52 (mata 421)
Sains - 53 (mata 420)
Membaca - 59 (mata 398)

Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan. Sumber

SMK Ghafar Baba sekali lagi terpilih untuk menduduki ujian PISA pada tahun 2015 di mana pada tahun 2014, SMKGB juga telah terpilih untuk menduduki ujian TIMSS

TARIKH    : 12 JANUARI 2015 (ISNIN)

MASA      : 7.30 PAGI-8.30 PAGI
TEMPAT  : DATARAN WARGA, SMK GHAFAR BABA

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh Khalijah Bt. Ab Rahman Pengetua Cemerlang SMKGB

Aturcara majlis
7.30 pagi  : Murid-murid berkumpul di Dataran  
                   Warga.
7.40 pagi  : - Nyanyian Lagu-Lagu  Sekolah
                  - Bacaan doa
                  - Persembahan
      - Ucapan dan Perasmian Pengetua  
        Cemerlang  Pn Hjh Khalijah Bt. Ab Rahman
       - Gimik Perasmian
8.30 pagi  :  - Majlis bersurai

  


SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1436 HIRAH/2015

PENGENALAN
Pelancaran Bulan Maulidur Rasul adalah salah satu daripada program Sambutan Maulidur Rasul yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai satu usaha untuk membangkitkan semangat pelajar supaya sentiasa memperingati dan menghayati sejarah kelahiran, sahsiah diri dan juga perjuangan Rasulullah S.A.W. Dengan harapan pelajar terus menjadikan diri Rasulullah S.A.W. sebagai ‘role model’ dalam kehidupan di samping memperjuangkan dan mengembangkan syiar Islam sehingga masyarakat Islam terus berada di landasan Islam yang betul. Semoga dengan usaha murni ini akan terus menghidupkan perjuangan Rasulullah S.A.W  di semua peringkat.

Majlis sambutan ini telah dijalankan pada
TARIKH : 16 Januari 2015 (Jumaat)
MASA: 7.20 pg – 8.20 pg
TEMPAT : Dataran Warga SMK Ghafar Baba

RASIONAL 

Sentiasa memperingati sejarah kelahiran dan perjalanan hidup Rasulullah S.A.W serta menghidupkan sunnah dan mencontohi akhlak baginda di dalam diri warga SMKGB.

OBJEKTIF

1. Mendidik murid mengenali dan mencintai          Rasulullah S.A.W
2. Mentarbiyah murid beramal dengan sunnah      Rasulullah S.A.W
3. Melazimkan murid sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
4. Melahirkan kerjasama antara pelajar dan guru dalam merealisasikan aktiviti sekolah
Maulidil rasul



Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Harris bin Salleh Hudin.

PROGRAM KELESTARIAN/CEKAP TENAGA SMKGB 2015



 Profesor Madya Dr Wira Mohd Shafiei 

Cekap tenaga adalah penggunaan tenaga elektrik secara minima untuk menyempurnakan kerja tanpa menjejaskan  prewtasidan kualiti kerja samada di rumah ataudisekolah.Program Kecekapan Tenaga bagi sekolah terpilib Negeri Melaka adalah kerjasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia,Perbadanan Teknologi Hijau Melaka,Secriteriat Knowledge Transfer Programme (KPT),performance and Management Delivery(PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri ,Centre for Education and Training in Renewable Energy ,Energy Efficiency &Green Technology (CETREE & T) dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.SMK Ghafar Baba,Kelab Alam Sekitar akan mengendalikan Program Kecekapan Tenaga ini melibatkan semua warga sekolah.

Pelancaran Program Kelestarian/Cekap Tenaga telah dilancarkan pada 26 Januari 2015 di SMK GHAFAR BABA.Perasmian ini di sempurnakan oleh Profesor Madya Dr Wira Mohd Shafiei .Beliau merupakan ketua projek kelestarian tenaga Pusat Pendidikan  Dan Latihan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE & GT)

Pn Hjh Khalijah Abd Rahman

Matlamat Program iaitu Program Kecekapan Tenaga usaha bersepadu untuk menggalakkan penggunaan tenaga lebih cekap dalam kalangan warga SMKGB
  • Memberikan kefahaman warga sekolah mengenai konsep konsep Cekap Tenaga
  • Meningkatkan kesedaran warga sekolah kepentibgan Cekap Tenaga kepada warga sekokah,Negara dan alam sekitar
  • Mewujudkan budaya cekap tenaga di kalangan warga sekokah.
  • Melahirkan murid yang menghasilkan inovasi berkaitan cekap tenaga untuk kegunaan sejagat.


AKTIVITI TAHUN 2015

 1.Audit tenaga

 2.Poster cekap tenaga

 3.Buku skrap

 4.Kuiz cekap tenaga

 5.Perkongsian maklumat

Saturday, January 10, 2015

E RPH 2015

Transformasi pengajaran Sememangnya tidak dinafikan cabaran menjadi seorang guru di zaman siber ini amat besar dan memerlukan satu transformasi cara pengajaran yang berkesan. Di sinilah terletaknya kebijaksanaan dan kreativiti guru dalam menyampaikan ilmu kepada generasi tanpa wayar sekarang ini.
Memetik kata-kata Prof Dr Sidek Baba dalam buku Pendidikan Rabbani, beliau menjelaskan bahawa pendidik bukan saja mempunyai ilmu pengetahuan, maklumat atau pengalaman, malah kepakaran mengenai sesuatu.
Melangkah ke tahun 2015 yang semakin mencabar pengetua SMK Ghafar Baba Pn Hjh Khalijah Abd Rahman telah  mengambil langkah untuk memulakan trasnformasi  iaitu dengan menggunakan aplikasi VLE FROG untuk guru guru menyediakan rancangan pengajaran harian atau lebih dikenali sebagi e-rph

Pada 4 Disember 2014 Pengetua bersama beberapa orang guru SMKGB iaitu Pn.Hjh Faridah Hassan (GPK 1), Pn Hjh Kamariah Zubel (GPK Tingkatan 6), Pn Norazlida Shamsuri ( Guru Bimbingan dan Kaunseling), Pn Siti Kamariah, Pn Aziah Ahmad ,Pn Nor Suhaila Abdul dan Pn Zarina Alias telah ke Sekolah Menengah Iskandar Shah untuk mempelajari e-rph melalui aplikasi VLE FROG.Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah terutamanya Tn Hj Zolkaply Bin Yunus pengetua SMKSIS kerana sudi menerima kunjungan daripada kami.


e rph

Sesi tunjuk ajar oleh pakar ICT


e rph

Sijil penghargaan daripada Tn Hj Zulkaply Yunus


e rph

Bersama peserta yang hadir 

Pada mesyuarat guru kali pertama iaitu pada 31 Disember 2014, semua guru telah didedahkan dengan cara untuk menggunaan VLE FROG untuk menghasilkan e RPH.Bukan itu sahaja, setiap panitia juga telah menjalankan in house training kepada ahli ahli panitia . Ada juga yang sanggup hadir ke sekolah setiap hari untuk melengkapkan e-rph masing-masing.
Guru-guru lelaki juga tidak terkecuali, mereka hadir ke sekolah pada hari Sabtu dalam kumpulan kecil bagi menyiapkan e-rph  yang akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 12 Januari 2015 ini.Semoga dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua guru ini dapat menjayakan aplikasi VLE-FROG dan e rph dan seterusnya dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajan bersama dengan murid.

e rph

Guru-guru bersemangat mengemaskini  e-rph masing masing

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, guru diharap akan gigih mencurahkan bakti mereka dengan ikhlas bagi melahirkan lebih ramai lagi modal insan berkualiti dari sudut ilmu, akhlak dan membentuk satu sistem nilai yang baik. Ingatlah bahawa pendidik terbilang melahirkan pelajar cemerlang.