Monday, June 29, 2015

VIDEO SAMBUTAN HARI GURU 2013

Kepada warga pendidik , hari guru adalah hari istimewa buat guru-guru.Mungkin memori hari guru tahun 2013 adalah kenangan terakhir buat beberapa orang guru di SMK Ghafar Baba.

Kita bukan pengajar tapi kita adalah pendidik.Semoga guru-guru terus tabah dan sabar mendidik anak bangsa kita menuju puncak kejayaan dunia akhirat.

Terima kasih kepada Pengawas SMK Ghafar Baba yang menghasilkan video ini yang ada kalanya buat cikgu ketawa, dan ada kalanya buatkan cikgu menangis gembira.Semoga anak anak didik SMK Ghafar Baba sentiasa cemerlang walau di mana jua kalian berada.


Stress bekerja? Apa kata cikgu cikgu tonton video nie...



KEMERIAHAN KARNIVAL RAMADHAN SMK GHAFAR BABA 2015

Syukur alhamdulillah, akhirnya perancangan yang telah diatur oleh PIBG, PEWARIS asrama dan Ibu bapa prihatin telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan pada 27 Jun 2015 bertempat di dataran asrama SMK Ghafar Baba.

smk ghafar baba

Program Karnival Ramadhan tersebut telah mendapat sambutan daripada ibu bapa serta seluruh warga pendidik dan staff yang hadir untuk menyumbang tenaga dan wang ringit bagi memungut dana bagi menaik taraf padang sekolah.Aktiviti yang dijalankan ialah mengacau dodol , membuat kuih gunting, sagon serta jualan T shirt .

Terasa seperti kemeriahan ketika majlis kenduri pula.Masing masing berganding bahu saling tolong menolong menyiapkan dodol, kuih gunting dan sagon.Macam nak raya pun ada.Diketuai oleh tuan Pengetua SMK Ghafar Baba yang telah hadir di awal pagi bagi memastikan semua program yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar.
smk ghafar baba

Pengetua Hjh Khalijah

Dodol, sagun dan kuih gunting mendapat tempahan yang sangat memberansangkan. Harga jualan sangat berpatutan sesuai dengan rasanya yang lazat.Ada kategori untuk setiap tempahan iaitu

  • Dodol RM 10
  • Dodol RM 6
  • Dodol RM 2 
  • Sagun RM 6
Selesai program memasak, program berbuka puasa , solat maghrib, solat isya dan solat tarawih berjemaah di adakan di surau Assyakirin SMK Ghafar Baba.

smk ghafar baba

Majlis berbuka puasa

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, peralatan, wang ringgit dan idea untuk menjayakan program tersebut.Semoga dengan bantuan anda semua , dapatlah padang sekolah dinaik taraf kepada padang lebih kondusif untuk kegunaan anak didik SMKGB.

Inilah kemeriahan sewaktu program berlangsung.


smk ghafar baba

Kacau dodol beramai ramai


smk ghafar baba

Mesti sedap kuih gunting dan dodol nie..



Pemangku YDP PIBG En Hassan Darus bersama guru-guru



Bubur lambuk  dan kuih gunting idaman semalaya

smk ghafar baba

Control macho sambil kacau dodol


smk ghafar baba

Murid asrama turut membantu

Ghafar baba

Mantan pengetua Pn Hjh Nubah Aton juga turut hadir memberikan sokongan

Saturday, June 20, 2015

PROJEK PENANAMAN RUMPUT PADANG SMKGB

Bermula cuti sekolah yang lalu pada 1 Jun 2015 sehingga 13 Jun 2015 dengan semangat juang yang tinggi En Hairuljaki Omar berserta warga pendidik ibu bapa , staf sokongan telah bergotong royong untuk menanam rumput di padang sekolah SMKGB.Walupun dalam keadaan hujan ketika itu, mereka meneruskan aktiviti gotong royong tersebut seperti dalam keadaan sawah yang berlumpur.


Tidak selesai gotong royong oleh perkerja dan guru , aktiviti gotong royong juga diteruskan pada 16 dan 17 Jun 2015 yang telah dibantu oleh semua pelajar SMKGB yang bersama sama meredah lumpur dan tanah serta dipayungi matahari yang terik demi cintakan sekolah serta demi memastikan semua warga sekolah dapat menggunakan padang dengan lebih efektif selepas ini.

Projek penanaman rumput ini juga dibantu oleh pihak tentera yang sudi menyumbang tenaga kepada pihak sekolah.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu projek penanaman rumput tersebut.


Dana untuk menampung kos menaik taraf padang sekolah akan cuba di perolehi melalui Karnival Ramadhan yang akan diadakan pada 27 Jun 2015 nanti.Semua dijemput hadir.



Berikut adalah aktiviti bergambar projek penanaman rumput sepanjang bulan Jun ini.Terima kasih  semua.....
















KARNIVAL RAMADHAN DAN PROJEK NAIK TARAF PADANG SEKOLAH

Seperti yang umum ketahui , padang sekolah SMKGB yang merupakan padang yang telah lama mengalami masalah dan  boleh dikatakan ianya seperti padang jarak padang tekukur gersang tanpa rumput.Apabila musim panas tiba, aktiviti sukan dan pendidikan jasmani dan kesihatan terpaksa dijalankan dikawasan lain kerana padang sekolah yang berdebu seperti dilanda ribut pasir.Dan apabila musim hujan padang adalah berlumpur.Oleh itu penggunaan padang sekolah adalah terhad.

Setelah diadakan berbagai perbincangan dan permohonan ,akhirnya padang sekolah telah berjaya mendapat sedikit dana untuk dinaik taraf.Tetapi kos penanaman rumput dan menolak tanah menelan belanja yang sangat tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh pihak sekolah.

Atas kerjasama dari PIBG dan Pewaris Asrama SMKGB serta ibu bapa yang prihatin satu progam telah dirancang untuk mengumpul dana  Projek Naik Taraf Padang Sekolah iaitu Karnival Ramadhan

Tarikh Program: 27 Jun 2015
Hari                  : Sabtu
Masa                 : 9 Pagi
Aktiviti             : Mengacau dodol, membuat kuih gunting,sagun, Jualan Tshirt PIBG
Tempat             : Padang asrama SMKGB

Pihak sekolah sangat berbesar hati ada insan insan diluar sana yang sangat prihatin dapat bersama sama menjayakan program tersebut.Anda boleh menyumbang dalam bentuk wang ringgit, bahan masakan atau barangan yang boleh dipinjamkan untuk akitviti memasak pada hari tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi

En Md Hassan bin Darus ( Pemangku YDP PIBG) 013 2539660
Tn Hj Badaruddin Bin Selamat (Pengerusi Pewaris SMKGB) 010 2458671
Pn Norizam Othman (Penyelaras Program ) 016 6463133
Pn Noor Nizah Zakaria (Bendahari PIBG ) 012 6027274

Semoga sumbangan anda dapat membantu pihak sekolah demi kecemerlangan anak bangsa khasnya pelajar pelajar SMKGB kini dan akan datang.



SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 1436 HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Ramdahan yang mulai 1436 ini.Pada hari ini 19 Jun  2015 Jumaat penuh barakah telah diadakan pelancaran bulan Ihya Ramadhan yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua Pn Hjh Khalijah Abdul Rahman.

ramadhan
Seterusnya sesi tazkirah oleh Ustaz  Mohd Fauzi Ayop yang bertajuk Ramdhan yang Dinanti.Antara intipati tazkirah ialah tentang fasa dalam bulan Ramadhan
 

Fasa dalam bulan Ramadhan


Keutamaan 10 Hari Pertama


Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari-hari diturunkannya rahmat dari Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapatkan limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.



Keutamaan 10 Hari Kedua


Setelah melewati 10 hari pertama ramadhan, sekarang kita akan memulai fasa kedua bulan ramadhan atau fasa 10 hari pertengahan ramadhan dimana keutaman fase kedua ini adalah Allah banyak memberikan maghfirah atau keampunan. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyak dzikir dan meminta ampunan, meminta agar semua dosa-dosa kita di maafkan dan diterima taubat kita.
Tidak ada bulan-bulan lain yang sebaik bulan ramadhan, maka itu janganlah kita mensiakannya, agar kita tidak menjadi orang yang rugi.

Keutamaan 10 Hari Terakhir Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan momentum peningkatan kebaikan bagi orang-orang yang bertaqwa dan ladang amal bagi orang-orang solleh. Terutama, sepuluh hari terakhir Ramadhan.
Sebagian ulama kita membagi bulan ini dengan tiga fasa: fasa pertama sepuluh hari awal Ramadhan sebagai fasa rahmat, sepuluh di tengahnya sebagai fasa maghfirah dan sepuluh akhirnya sebagai fasa pembebasan dari api neraka.

 Sebagaimana diriwayatkan oleh sahabat Salman Al Farisi: “Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”            


Sepanjang bulan Ramadhan berbagai program telah dirancang antaranya ialah:
  1. Tazkirah Ramadhan
  2. Tadarus Alquran
  3. Qiraatul Quran dan Terjemahan
  4. Info Ramadhan 2015
  5. Pertandingan kuiz bertulis
  6. Usrah Jumaat
  7. Majlis Khatam Al Quran

Semoga dengan diadakan Program Ihya Ramadhan ini dapat:
  1. Melipat gandakan amalan dan pahal walupun berada ditempat kerja
  2. Mempereratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga sekolah
  3. menambah baik ilmu agama melalui penyampaian info-info kerohanian
  4. menyemai kreativiti melalui pertandingan yang diadakan.