Sunday, May 15, 2016

MAJLIS PERSARAAN PN HJH KHALIJAH AB RAHMAN(MENITI INSPIRASI ABADI)

Tanggal 13 Mei 2016 , adalah hari bersejarah buat 'wanita besi' Pn Hjh Khalijah Ab Rahman , mantan pengetua cemerlang SKK SMK Ghafar Baba selepas berkhidmat selama hampir 32 tahun 9 bulan 29 hari sebagai seorang pendidik.Beliau telah berkhidmat di SKK SMK Ghafar Baba 16 April 2014 sehingga 16 Mei 2016.Biarpun kehadirannya di SMKGB tidak mencecah 3 tahun namun permergiannya dari sini sangat dirasai.

persaraan pengetua

Seorang pemimpin yang tegas tetapi sangat mengambil berat tentang guru-guru dan staff di bawah pimpinan beliau.Menjadi contoh teladan dari sikap yang sangat menepati masa, kerja yang sistematik dan berfokus.Seorang guru dan ibu yang penyanyang, membuatkan guru-guru dan staff sangat selesa bekerja bersama beliau.

Berikut adalah biodata dan  sejarah perkhidmatan Pn Hjh Khalijah Abdul Rahman


Nama               : Khalijah Binti Ab Rahman
Nama Ayah           :Hj Ab.Rahman Bin Md Ali
Nama Ibu               :  Hjh Burok Bte Manap
Bil. Adik Beradik : 7 Orang ( 2 Lelaki 5 Perempuan)
                        Anak Ke 2 Daripada 7 Orang Adik Beradik
Nama Suami          : Hj Atan Bin Nordin
Tarikh Perkahwinan: 13.12. 1985
Bil Anak                  : 7 Orang ( 2 Perempuan 5 Lelaki)
Nama Anak                                      Pendidikan/Pekerjaan
1. Nur Husna Bte Atan                  Doktor Di Hospital Umum Kuching Sarawak
2. Muhammad Safwan                 Engineer Di Petronas Sungai Udang
3. Nur Syamimi                         Lulusan UTP Dalam Bidang Kejuruteraan Kimia
4. Muhammad Zuhairi                 Akademi Laut Malaysia (Marine Engineering)
                                                Berkhidmat Bersama Misc - Sedang Belayar
5. Muhammad Najid                  Kolej Mohd Zin - Elektronik
6. Muhammad Naqib                  Kolej Profesional Mara Beranang - Software Development
7. Muhammad Akmal                 Lim Kok Wing University

Tarikh mula berkhidmat                17.7.1983
Tamat perkhidmatan                15.5.2016

Sejarah Perkhidmatan
1. Smk Tengku Ampuan Intan,Terengganu. (17.07.1983-31.12.1987) Guru Penolong
2. Smk Dato’ Dol Said                       (01.01.1988-15.12.1995) Guru Penolong
3. Smk Ghafar Baba                       (16.12.1995-15.12.2000) GKMP (Sains)
4. Smk Datuk Hj Tatb Karim                        (16.12.2000-31.12.2003) GPK (Hem)
5. Smk Sultan Alaudin                       (01.01.2004-15.10.2004) GPK Pentadbiran
6. Smk Seri Pengkalan                       (16.10.2004-15.09.2007) Pengetua
7. Smk Munshi Abdullah                       (16.09.2007-15.03.2009) Pengetua
8. Smk Dato’ Do! Said                       (16.03.2009-15.04.2014) Pengetua
9. Smk Ghafar Baba                      (16.04.2014-15.05.2016) Pengetua



Tempoh Berkhidmat         : 32 Tahun 9 Bulan 29 Hari

Anugerah :

APC- 1993,2007
Kepimpinan ICT - Johan Kebangsaan 2014
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pengakap 2015


Majlis perpisahan telah di adakan pada 13 Mei 2016 di dewan SMK Ghafar Baba, dihadiri oleh wakil dari PPD Alor gajah dan pengetua-pengetua daerah Alor Gajah.Kehadirannya disambut meriah dengan paluan kompang dan silat dari pelajar-pelajar SMKGB.

persaraan pengetua

persaraan pengetua

persaraan pengetua



Acara dimulakan dengan bacaan Yassin seterusnya ucapan daripada wakil murid diikuti oleh ucapan wakil Kelab Guru En Abu Zahar Sedek .Persembahan multimedia yang ditunggu-tunggu semua warga SMK Ghafar Baba dan tetamu menambahkan kesayuan untuk melepaskan Pn Hjh Khalijah pergi meninggalkan SMKGB.


persaraan pengetua



persaraan pengetua



Sebelum usai majlis Pn Hjh Khalijah merasmikan surau As Syakirin seterusnya diarak menaiki pacuan empat roda dengan wajah sayu menatap wajah-wajah anak-anak SMK Ghafar Baba yang akan ditinggalkan.
persaraan pengetua


persaraan pengetua


Detik terakhir dalam perkhidmatan sebagai pendidik , thumb print terakhir.Tinggallah sejuta kenangan dihati-hati kami selepas ini.Beliau terus dibawa dengan kereta berhias menuju ke Mahkota Hotel untuk majlis diwaktu petang.

persaraan pengetua


persaraan pengetua

persaraan pengetua

persaraan pengetua



persaraan pengetua




persaraan pengetua


persaraan pengetua

persaraan pengetua


persaraan pengetua

persaraan pengetua



Untukmu Pn Hjh Khalijah

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu suci semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu  yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagaikan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman

Nukilan: Ahmad Sarju ,Klang
1988


Semoga dirimu dilimpahi rahmat dan diberkati bahagia dunia akhirat


Bersambung.......




Friday, January 22, 2016

ACARA MERENTAS DESA SMK GHAFAR BABA 2016

Dengan penuh semangat kesukanan, hari ini 22.1.2016 SMKGB telah berjaya menjalankan acara sukan pertama dalam tahun 2016.Acara merentas desa .Semua rumah sukan Satria,Perwira, Pendekar dan Perkasa telah bersedia dengan berpakaian rumah sukan masing-masing.Warna warni penuh ceria.


Sebelum mula acara merentas desa semua pelajar menjalankan senamrobik berirama diketuai oleh Cik Lydia Colaco dan juga Pn Khadijah Ab Risip.


Dengan semangat penuh membara pelajar dilepaskan mengikut tingkatan dimulai dengan pelajar lelaki tingkatan lima sehinggalah di akhiri dengan pelajar tingkatan 1.
Alahmdulillah tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, semua perserta telah berjaya menghabiskan larian masing-masing .

merentas desa


Beginilah suasana kemeriahan acara merentas desa.Bukan sahaja pelajar penuh semangat kesukanan malahan guru-guru dan staff juga turut menyambut seruan.Tn Pengetua Pn Hjh Khalijah bersama-sama pentadbir Pn Hjh Faridah , Pn Zainani serta staf juga turut sama memeriahkan suasana.
Sorakan kemenangan melambangkan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan guru dan murid.Masing-masing ingin mendapatkan mata tertinggi untuk rumah masing-masing.

merentas desa

Siapakah juara untuk acara merentas desa tahun 2016?
Adakah rumah Satria masih memegang rekod juara tahun lepas?

Inilah wajah-wajah keriangan para pemenang acara merentas desa mengikut tingkatan


merentas desa
Pemenang Kategori tingkatan 1 lelaki 

merentas desa
Pemenang kategori tingkatan  1 perempuan

merentas desa
Pemenang kategori tingkatan 2 lelaki

merentas desa

Pemenang kategori perempuan tingkatan 2

merentas desa
pemenang kategori lelaki tingkatan 3

merentas desa
pemenang kategori lelaki tingkatan 4

merentas desa
Pemenang kategori perempuan tingkatan 5
merentas desa

     Pemenang kategori lelaki tingkatan 5



Berikut adalah keputusan keseluruhan acara  Merentas Desa 2016

Tempat ke empat
Rumah Perkasa                                                 1191 mata

Tempat ke Tiga
Rumah Perwira                                                 1589 mata

Naib Juara          
Rumah Pendekar                                               1622 mata

Juara
Rumah Satria                                                    1800 mata


merentas desa



merentas desa

Wajah ceria Johan Merentas Desa 2016


Dengan ini rumah Satria masih mengungguli acara merentas desa 2016.Namun masih banyak acara yang bakal dipertandingkan sehinggalah Kejohanan Sukan SMKGB 2016 dijalankan.

Keriangan sepanjang aktiviti....

merentas desa

merentas desa


merentas desa


merentas desa


3 dari 4 guru penasihat adalah rumah Satria..mmmmm

Semoga semangat kesukanan pelajar-pelajar guru dan staff terus membara .Menang atau kalah adat pertandingan , semua rumah sukan pasti akan terus berjuang untung mengungguli JOHAN keseluruhan.Nantikan….

Friday, December 25, 2015

CARA MENDAPATKAN USER ID YES DAN PASSWORD UNTUK FROG VLE PEMBELAJARAN SECARA MAYA (IBU BAPA / PENJAGA)

vle frog

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang diberi hak ke atas pendidikan mereka sendiri dan sedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan tenaga: 
Frog melengkapkan guru-guru dengan alatan yang dapat memudahkan tugas mereka seperti untuk merancang pengajaran, memeriksa latihan dan menguruskan kalendar akademik.
Berhubung dan berkolaborasi
 Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara untuk membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh sebab Frog adalah berasaskan awan (cloud-based), pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua. Lebih daripada itu, keupayaan pelajar untuk menyimpan hampir segala-galanya ke awan, bakal menjadikan beg sekolah yang berat sebagai satu sejarah.
Libatkan dan tambat perhatian
 Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan membinanya sebagai satu laman web yang berguna tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru untuk menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti
Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan oleh lebih 700 sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Adakah ibu bapa boleh mengakses Frog VLE?
Ibu bapa diberi 1BestariNet Yes ID untuk tujuan mengakses Dashboard Ibu Bapa dalam Frog VLE. Dengan Login ID mereka, ibu bapa dapat mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, butiran perhubungan sekolah, serta memuat turun borang dan dokumen penting. Tidak sekadar itu, ibu bapa juga boleh log masuk ke dalam Portal Ibu Bapa untuk mengaktifkan ID, mengurus akaun Yes dan memuat turun buku-buku digital percuma atau membuat pembelian di FrogStore.

Pada tahun 2015 Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba telah berjaya mengaktifkan penggunaan VLE FROG disekolah di mana semua murid dan guru telah mendapat ID dan PASSWORD masing-masing bagi membolehkan semua warga SMKGB menggunakan aplikasi yang disediakan di dalam VLE FROG


Berikut adalah link untuk ibu bapa mendapatkan ID dan password masing masing

Sila klik di pautan dibawah ini

CARA MENDAPATKAN USER ID YES DAN PASSWORD UNTUK FROG VLE PEMBELAJARAN SECARA MAYA (IBU BAPA / PENJAGA)


PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MENENGAH GHAFAR BABA



PERATURAN PAKAIAN  SERAGAM  MURID
 (Rujukan :  Pekeliling Ikhtisas Bil .3/1983, Bil.8/1985, Bil 3/1992 dan Bil 2/1996 )

2.1        Pakaian  Murid  Lelaki.

2.1.1   Seluar  panjang  berwarna  hijau  gelap.

2.1.2  Ukuran  labuhnya  mestilah  4cm  di bawah  buku  lali. Kaki  seluar  tidak  ketat. Maksudnya  tidak  ketat  ialah  ukur  lilit  seluar  mestilah  antara  16 hingga 18  inci.

2.1.3     Seluar berbentuk  fesyen “jeans”  dan  poket  bertampal  di belakang  dilarang  sama  sekali.Murid  juga  dilarang  memakai  seluar  di  bawah  paras  pinggang atau terlondeh.

2.1.4     Baju  putih  lengan  pendek / panjang. Lengan  baju  pendek  mesti  lebih  sedikit   dari  aras  siku. Murid  tidak  dibenarkan  memakai baju  bersaiz  kecil  dan  pendek  kerana  baju  berkenaan  mudah  terkeluar  daripada  seluar. Jika  memakai  baju  berlengan  panjang , lengan  baju  hendaklah  dikancing  atau  dilipat  ke atas  sedikit  dari  paras  siku (Pekeliling  Ikhtisas Bil.3 /1983). Baju  hendaklah  sentiasa  dimasukkan  ke dalam  seluar  sepanjang   masa  berada  di  dalam  kawasan  sekolah  dan  pada  waktu  balik  dari  sekolah. Butang  baju  tidak  boleh  ditanggalkan.

2.1.5     Murid  lelaki    digalakkan   memakai  singlet  putih / T-shirt  putih  nipis  tanpa  kolar, tanpa  hiasan  , tulisan  dan  gambar.

2.1.6     Murid  lelaki  diwajibkan  memakai  tali  pinggang. Tali  pinggang  itu  pula  hendaklah  mematuhi  syarat-syarat  berikut :
                              Warna  tali           :  Hitam  atau  hijau  warna  gelap                                                              tanpa  jalur mengikut warna seluar
                              Lebar                     :  Tidak  melebihi  1.5  inci
                              Kepala                   :  Sama  besar  dengan  tali  pinggang                                                       dan  tanpa  hiasan.

2.1.7     Kasut   mestilah  berwarna  putih   yang  diperbuat  daripada  ‘canvas’  atau  dari  bahan  sintetik  lainnya  seperti  nylon  dan  polyester  yang  mempunyai  daya  resap  dan  penyaluran   gerak    pelajaran  amat  memandang  berat  terhadap  sebilangan  murid  yang  tidak  menampilkan  keceriaan , kekemasan  dan  kerapian   dalam  berpakaian  seperti  tidak  memasukkan  kemeja  ke  dalam  seluar, tidak  mengikat  tali  leher  dengan  kemas, berkasut  kotor  serta tabiat-tabiat  lain  yang   memperlihatkan   nilai-nilai  yang  tidak  diingini.

2.2        Pakaian  Murid  Perempuan (Rujukan : Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983, Bil.8/1985 ,
Bil.6 /1993 dan Bil . 2/1996)                                    

2.2.1     Bagi  murid   yang  bukan  beragama  Islam , mereka  boleh  memakai  “Pinafore Tunic”  berwarna  biru  muda     dan  labuhnya  hendaklah  sekurang-kurangnya  5  inci  di  bawah  paras  lutut. Baju  yang  dipakai  bersama  mestilah  berwarna  putih  dan  berlengan. Kain  putih  jenis  licin  tidak  dibenarkan  kerana  kulit  tubuh  badan  murid  akan  kelihatan  terutama  apabila  baju  basah  akibat  berpeluh , kena  air atau  kena  hujan.            
                     
2.2.2  Murid  bukan  beragama  Islam  juga  dibenarkan  memakai  baju  kurung  berwarna  putih  dengan  kain  sarung  berwarna  biru  muda. Bagi  murid  beragama  Islam  pula , mereka  digalakkan  memakai  tudung  atau  mini  telekung  berwarna  putih tanpa  sebarang  hiasan  serta  berukuran  sesuai  dengan  murid  yang  memakainya (tidak  terlalu  labuh  atau  tidak  terlalu  pendek)

2.2.3     Murid  perempuan  dimestikan  memakai  kain  dalam dan  baju  lapisan  dalam  berwarna  putih.

2.2.4     Kasut  perempuan  juga  mestilah  diperbuat  daripada  kanvas keseluruhan  berwarna  putih  dan  bertali. Kasut  putih  berjalur  warna  lain , kasut  sukan  dan  kasut  kulit  tidak  dibenarkan.

2.2.5     Pengawas sekolah , PRS, Pengawas Pusat Sumber dibenarkan  memakai  kasut  kanvas  berwarna  hitam  dengan  syarat  mereka memakai  pakaian seragam  jawatan masing-masing dengan  lengkap. Walau  bagaimanapun, kasut  hitam  yang  diperbuat  daripada  kulit  tidak  dibenarkan.

2.2.6     Semua  murid  dikehendaki  memakai  stoking  putih  sekolah  yang  melebihi  aras      buku  lali.
2.2.7     Murid  mesti  memakai  pakaian  seragam  lengkap  unit  beruniform  masing-masing  pada  setiap  hari Rabu.

2.2.8     Murid  tidak  dibenarkan  memakai  lapisan  luar  kecuali  dalam  keadaan  tertentu (suhu  terlalu  sejuk).

2.2.9     Murid  dilarang  memakai  topi  sama  ada  di dalam  atau  sekitar  bangunan  sekolah.

2.2.10   Semua  murid  kecuali  yang  memakai  tudung  wajib  memakai  tali leher  semasa  berada  dalam  kawasan  sekolah.

2.2.11   Murid  dilarang  sama  sekali  menggunakan  alat  solek , memakai  barang-barang  kemas  atau  perhiasan  tiruan  termasuk  cat  kuku tanpa warna. Murid  yang  perlu  emmakai  barang  kemas dengan  alasan  agama / perubatan  mesti  mendapat  kebenaran  bertulis  daripada  pengetua  sekolah.

2.2.12   Pemakaian  lencana  sekolah  dan  tanda  nama  adalah  diwajibkan  bagi        semua  murid  dan  messti  dilekatkan  secara  kekal  sama  ada  dengan  menggunakan  stereka atau  dijahit  pada  sebelah  atas  poket  baju / tudung. Murid  tidak  dibenarkan  memakai  tanda  nama  orang  lain  dan  lencana  yang       boleh ditanggalkan pada   bila-bila masa Hanya  tanda  nama  yang  diperbuat  daripada  kain  dibenarkan.

2.2.13   Pakaian  seragam  sekolah  hendaklah  dipakai  pada  masa  persekolahan, menghadiri  kelas  tambahan, semasa  menyertai  rombongan  anjuran  sekolah , dan  semasa  menghadiri  aktiviti  yang dijalankan  di dalam bilik  darjah  kecuali  ada  arahan  sebaliknya.

2.2.14   Murid  tidak dibenarkan  memakai  cermin  mata  yang  berwarna  hitam (sun glass)  atau berbentuk  luar  biasa. Kontak  mata  berwarna  adalah  diharamkan.

2.2.15   Murid  tidak  dibenarkan memakai  selipar / terompah pada  bila-bila  masa  ke sekolah  kecuali  murid  yang  berasa  sakit  pada  bahagian  tapak  kakinya  jika  memakai  kasut  disebabkan  kecederaan.

2.2.16   Pakaian  seragam  murid  hendaklah  sentiasa  dalam  keadaan  bersih  dan  kemas.

2.2.17   Pelajar perempuan yang bertudung mesti memakai tudung seperti yang terjual dikoperasi sekolah sama ada bewarna hitam atau putih
2.2.18   Murid dikehendaki memakai stokin sekolah yang dijual dikoperasi sekolah


BERIKUT ADALAH CONTOH PAKAIAN YANG DIGUNAKAN DI SMK GHAFAR BABA




PAKAIAN BAJU MELAYU DI HARI JUMAAT


PAKAIAN MURID PEREMPUAN DENGAN TUDUNG SGB


PAKAIAN PJK ATAU KOKURIKULUM 


PAKAIAN PENGAWAS LELAKI


PAKAIAN PENGAWAS PEREMPUAN


PAKAIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER LELAKI


PENGAWAS PUSAT SUMBER PEREMPUAN


PAKAIAN PELAJAR NON MUSLIM





















Monday, June 29, 2015

VIDEO SAMBUTAN HARI GURU 2013

Kepada warga pendidik , hari guru adalah hari istimewa buat guru-guru.Mungkin memori hari guru tahun 2013 adalah kenangan terakhir buat beberapa orang guru di SMK Ghafar Baba.

Kita bukan pengajar tapi kita adalah pendidik.Semoga guru-guru terus tabah dan sabar mendidik anak bangsa kita menuju puncak kejayaan dunia akhirat.

Terima kasih kepada Pengawas SMK Ghafar Baba yang menghasilkan video ini yang ada kalanya buat cikgu ketawa, dan ada kalanya buatkan cikgu menangis gembira.Semoga anak anak didik SMK Ghafar Baba sentiasa cemerlang walau di mana jua kalian berada.


Stress bekerja? Apa kata cikgu cikgu tonton video nie...



KEMERIAHAN KARNIVAL RAMADHAN SMK GHAFAR BABA 2015

Syukur alhamdulillah, akhirnya perancangan yang telah diatur oleh PIBG, PEWARIS asrama dan Ibu bapa prihatin telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan pada 27 Jun 2015 bertempat di dataran asrama SMK Ghafar Baba.

smk ghafar baba

Program Karnival Ramadhan tersebut telah mendapat sambutan daripada ibu bapa serta seluruh warga pendidik dan staff yang hadir untuk menyumbang tenaga dan wang ringit bagi memungut dana bagi menaik taraf padang sekolah.Aktiviti yang dijalankan ialah mengacau dodol , membuat kuih gunting, sagon serta jualan T shirt .

Terasa seperti kemeriahan ketika majlis kenduri pula.Masing masing berganding bahu saling tolong menolong menyiapkan dodol, kuih gunting dan sagon.Macam nak raya pun ada.Diketuai oleh tuan Pengetua SMK Ghafar Baba yang telah hadir di awal pagi bagi memastikan semua program yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar.
smk ghafar baba

Pengetua Hjh Khalijah

Dodol, sagun dan kuih gunting mendapat tempahan yang sangat memberansangkan. Harga jualan sangat berpatutan sesuai dengan rasanya yang lazat.Ada kategori untuk setiap tempahan iaitu

  • Dodol RM 10
  • Dodol RM 6
  • Dodol RM 2 
  • Sagun RM 6
Selesai program memasak, program berbuka puasa , solat maghrib, solat isya dan solat tarawih berjemaah di adakan di surau Assyakirin SMK Ghafar Baba.

smk ghafar baba

Majlis berbuka puasa

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, peralatan, wang ringgit dan idea untuk menjayakan program tersebut.Semoga dengan bantuan anda semua , dapatlah padang sekolah dinaik taraf kepada padang lebih kondusif untuk kegunaan anak didik SMKGB.

Inilah kemeriahan sewaktu program berlangsung.


smk ghafar baba

Kacau dodol beramai ramai


smk ghafar baba

Mesti sedap kuih gunting dan dodol nie..



Pemangku YDP PIBG En Hassan Darus bersama guru-guru



Bubur lambuk  dan kuih gunting idaman semalaya

smk ghafar baba

Control macho sambil kacau dodol


smk ghafar baba

Murid asrama turut membantu

Ghafar baba

Mantan pengetua Pn Hjh Nubah Aton juga turut hadir memberikan sokongan