Showing posts with label AKTIVITI SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI SEKOLAH. Show all posts

Friday, January 22, 2016

ACARA MERENTAS DESA SMK GHAFAR BABA 2016

Dengan penuh semangat kesukanan, hari ini 22.1.2016 SMKGB telah berjaya menjalankan acara sukan pertama dalam tahun 2016.Acara merentas desa .Semua rumah sukan Satria,Perwira, Pendekar dan Perkasa telah bersedia dengan berpakaian rumah sukan masing-masing.Warna warni penuh ceria.


Sebelum mula acara merentas desa semua pelajar menjalankan senamrobik berirama diketuai oleh Cik Lydia Colaco dan juga Pn Khadijah Ab Risip.


Dengan semangat penuh membara pelajar dilepaskan mengikut tingkatan dimulai dengan pelajar lelaki tingkatan lima sehinggalah di akhiri dengan pelajar tingkatan 1.
Alahmdulillah tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, semua perserta telah berjaya menghabiskan larian masing-masing .

merentas desa


Beginilah suasana kemeriahan acara merentas desa.Bukan sahaja pelajar penuh semangat kesukanan malahan guru-guru dan staff juga turut menyambut seruan.Tn Pengetua Pn Hjh Khalijah bersama-sama pentadbir Pn Hjh Faridah , Pn Zainani serta staf juga turut sama memeriahkan suasana.
Sorakan kemenangan melambangkan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan guru dan murid.Masing-masing ingin mendapatkan mata tertinggi untuk rumah masing-masing.

merentas desa

Siapakah juara untuk acara merentas desa tahun 2016?
Adakah rumah Satria masih memegang rekod juara tahun lepas?

Inilah wajah-wajah keriangan para pemenang acara merentas desa mengikut tingkatan


merentas desa
Pemenang Kategori tingkatan 1 lelaki 

merentas desa
Pemenang kategori tingkatan  1 perempuan

merentas desa
Pemenang kategori tingkatan 2 lelaki

merentas desa

Pemenang kategori perempuan tingkatan 2

merentas desa
pemenang kategori lelaki tingkatan 3

merentas desa
pemenang kategori lelaki tingkatan 4

merentas desa
Pemenang kategori perempuan tingkatan 5
merentas desa

     Pemenang kategori lelaki tingkatan 5



Berikut adalah keputusan keseluruhan acara  Merentas Desa 2016

Tempat ke empat
Rumah Perkasa                                                 1191 mata

Tempat ke Tiga
Rumah Perwira                                                 1589 mata

Naib Juara          
Rumah Pendekar                                               1622 mata

Juara
Rumah Satria                                                    1800 mata


merentas desa



merentas desa

Wajah ceria Johan Merentas Desa 2016


Dengan ini rumah Satria masih mengungguli acara merentas desa 2016.Namun masih banyak acara yang bakal dipertandingkan sehinggalah Kejohanan Sukan SMKGB 2016 dijalankan.

Keriangan sepanjang aktiviti....

merentas desa

merentas desa


merentas desa


merentas desa


3 dari 4 guru penasihat adalah rumah Satria..mmmmm

Semoga semangat kesukanan pelajar-pelajar guru dan staff terus membara .Menang atau kalah adat pertandingan , semua rumah sukan pasti akan terus berjuang untung mengungguli JOHAN keseluruhan.Nantikan….

Monday, June 29, 2015

KEMERIAHAN KARNIVAL RAMADHAN SMK GHAFAR BABA 2015

Syukur alhamdulillah, akhirnya perancangan yang telah diatur oleh PIBG, PEWARIS asrama dan Ibu bapa prihatin telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan pada 27 Jun 2015 bertempat di dataran asrama SMK Ghafar Baba.

smk ghafar baba

Program Karnival Ramadhan tersebut telah mendapat sambutan daripada ibu bapa serta seluruh warga pendidik dan staff yang hadir untuk menyumbang tenaga dan wang ringit bagi memungut dana bagi menaik taraf padang sekolah.Aktiviti yang dijalankan ialah mengacau dodol , membuat kuih gunting, sagon serta jualan T shirt .

Terasa seperti kemeriahan ketika majlis kenduri pula.Masing masing berganding bahu saling tolong menolong menyiapkan dodol, kuih gunting dan sagon.Macam nak raya pun ada.Diketuai oleh tuan Pengetua SMK Ghafar Baba yang telah hadir di awal pagi bagi memastikan semua program yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar.
smk ghafar baba

Pengetua Hjh Khalijah

Dodol, sagun dan kuih gunting mendapat tempahan yang sangat memberansangkan. Harga jualan sangat berpatutan sesuai dengan rasanya yang lazat.Ada kategori untuk setiap tempahan iaitu

  • Dodol RM 10
  • Dodol RM 6
  • Dodol RM 2 
  • Sagun RM 6
Selesai program memasak, program berbuka puasa , solat maghrib, solat isya dan solat tarawih berjemaah di adakan di surau Assyakirin SMK Ghafar Baba.

smk ghafar baba

Majlis berbuka puasa

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, peralatan, wang ringgit dan idea untuk menjayakan program tersebut.Semoga dengan bantuan anda semua , dapatlah padang sekolah dinaik taraf kepada padang lebih kondusif untuk kegunaan anak didik SMKGB.

Inilah kemeriahan sewaktu program berlangsung.


smk ghafar baba

Kacau dodol beramai ramai


smk ghafar baba

Mesti sedap kuih gunting dan dodol nie..



Pemangku YDP PIBG En Hassan Darus bersama guru-guru



Bubur lambuk  dan kuih gunting idaman semalaya

smk ghafar baba

Control macho sambil kacau dodol


smk ghafar baba

Murid asrama turut membantu

Ghafar baba

Mantan pengetua Pn Hjh Nubah Aton juga turut hadir memberikan sokongan

Saturday, June 20, 2015

PROJEK PENANAMAN RUMPUT PADANG SMKGB

Bermula cuti sekolah yang lalu pada 1 Jun 2015 sehingga 13 Jun 2015 dengan semangat juang yang tinggi En Hairuljaki Omar berserta warga pendidik ibu bapa , staf sokongan telah bergotong royong untuk menanam rumput di padang sekolah SMKGB.Walupun dalam keadaan hujan ketika itu, mereka meneruskan aktiviti gotong royong tersebut seperti dalam keadaan sawah yang berlumpur.


Tidak selesai gotong royong oleh perkerja dan guru , aktiviti gotong royong juga diteruskan pada 16 dan 17 Jun 2015 yang telah dibantu oleh semua pelajar SMKGB yang bersama sama meredah lumpur dan tanah serta dipayungi matahari yang terik demi cintakan sekolah serta demi memastikan semua warga sekolah dapat menggunakan padang dengan lebih efektif selepas ini.

Projek penanaman rumput ini juga dibantu oleh pihak tentera yang sudi menyumbang tenaga kepada pihak sekolah.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu projek penanaman rumput tersebut.


Dana untuk menampung kos menaik taraf padang sekolah akan cuba di perolehi melalui Karnival Ramadhan yang akan diadakan pada 27 Jun 2015 nanti.Semua dijemput hadir.



Berikut adalah aktiviti bergambar projek penanaman rumput sepanjang bulan Jun ini.Terima kasih  semua.....
















KARNIVAL RAMADHAN DAN PROJEK NAIK TARAF PADANG SEKOLAH

Seperti yang umum ketahui , padang sekolah SMKGB yang merupakan padang yang telah lama mengalami masalah dan  boleh dikatakan ianya seperti padang jarak padang tekukur gersang tanpa rumput.Apabila musim panas tiba, aktiviti sukan dan pendidikan jasmani dan kesihatan terpaksa dijalankan dikawasan lain kerana padang sekolah yang berdebu seperti dilanda ribut pasir.Dan apabila musim hujan padang adalah berlumpur.Oleh itu penggunaan padang sekolah adalah terhad.

Setelah diadakan berbagai perbincangan dan permohonan ,akhirnya padang sekolah telah berjaya mendapat sedikit dana untuk dinaik taraf.Tetapi kos penanaman rumput dan menolak tanah menelan belanja yang sangat tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh pihak sekolah.

Atas kerjasama dari PIBG dan Pewaris Asrama SMKGB serta ibu bapa yang prihatin satu progam telah dirancang untuk mengumpul dana  Projek Naik Taraf Padang Sekolah iaitu Karnival Ramadhan

Tarikh Program: 27 Jun 2015
Hari                  : Sabtu
Masa                 : 9 Pagi
Aktiviti             : Mengacau dodol, membuat kuih gunting,sagun, Jualan Tshirt PIBG
Tempat             : Padang asrama SMKGB

Pihak sekolah sangat berbesar hati ada insan insan diluar sana yang sangat prihatin dapat bersama sama menjayakan program tersebut.Anda boleh menyumbang dalam bentuk wang ringgit, bahan masakan atau barangan yang boleh dipinjamkan untuk akitviti memasak pada hari tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi

En Md Hassan bin Darus ( Pemangku YDP PIBG) 013 2539660
Tn Hj Badaruddin Bin Selamat (Pengerusi Pewaris SMKGB) 010 2458671
Pn Norizam Othman (Penyelaras Program ) 016 6463133
Pn Noor Nizah Zakaria (Bendahari PIBG ) 012 6027274

Semoga sumbangan anda dapat membantu pihak sekolah demi kecemerlangan anak bangsa khasnya pelajar pelajar SMKGB kini dan akan datang.



SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 1436 HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Ramdahan yang mulai 1436 ini.Pada hari ini 19 Jun  2015 Jumaat penuh barakah telah diadakan pelancaran bulan Ihya Ramadhan yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua Pn Hjh Khalijah Abdul Rahman.

ramadhan
Seterusnya sesi tazkirah oleh Ustaz  Mohd Fauzi Ayop yang bertajuk Ramdhan yang Dinanti.Antara intipati tazkirah ialah tentang fasa dalam bulan Ramadhan
 

Fasa dalam bulan Ramadhan


Keutamaan 10 Hari Pertama


Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari-hari diturunkannya rahmat dari Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapatkan limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.



Keutamaan 10 Hari Kedua


Setelah melewati 10 hari pertama ramadhan, sekarang kita akan memulai fasa kedua bulan ramadhan atau fasa 10 hari pertengahan ramadhan dimana keutaman fase kedua ini adalah Allah banyak memberikan maghfirah atau keampunan. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyak dzikir dan meminta ampunan, meminta agar semua dosa-dosa kita di maafkan dan diterima taubat kita.
Tidak ada bulan-bulan lain yang sebaik bulan ramadhan, maka itu janganlah kita mensiakannya, agar kita tidak menjadi orang yang rugi.

Keutamaan 10 Hari Terakhir Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan momentum peningkatan kebaikan bagi orang-orang yang bertaqwa dan ladang amal bagi orang-orang solleh. Terutama, sepuluh hari terakhir Ramadhan.
Sebagian ulama kita membagi bulan ini dengan tiga fasa: fasa pertama sepuluh hari awal Ramadhan sebagai fasa rahmat, sepuluh di tengahnya sebagai fasa maghfirah dan sepuluh akhirnya sebagai fasa pembebasan dari api neraka.

 Sebagaimana diriwayatkan oleh sahabat Salman Al Farisi: “Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”            


Sepanjang bulan Ramadhan berbagai program telah dirancang antaranya ialah:
  1. Tazkirah Ramadhan
  2. Tadarus Alquran
  3. Qiraatul Quran dan Terjemahan
  4. Info Ramadhan 2015
  5. Pertandingan kuiz bertulis
  6. Usrah Jumaat
  7. Majlis Khatam Al Quran

Semoga dengan diadakan Program Ihya Ramadhan ini dapat:
  1. Melipat gandakan amalan dan pahal walupun berada ditempat kerja
  2. Mempereratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga sekolah
  3. menambah baik ilmu agama melalui penyampaian info-info kerohanian
  4. menyemai kreativiti melalui pertandingan yang diadakan.                  
      














Monday, October 13, 2014

KURSUS PLUG TMK TAHUN 5 DI SMK GHAFAR BABA

Kursus PLUG TMK Tahun 5 dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka untuk pelaksanaan PdP guru Tahun 5 bagi subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Friday, May 16, 2014

SELAMAT HARI GURU

HARI GURU 2014


Hari Guru 2014 disambut meriah dengan tema " Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi".
Warna tema Hari Guru tahun ini adalah warna biru.
Terima kasih barisan pengawas yang berusaha menjayakan sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Pengawas SMKGB ---terbaek!!!!

Friday, June 28, 2013

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL AKADEMIK,BULAN KOPERASI 2013,SAMBUTAN HARI JADI DAN PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM

Pada 28 Jun 2013, bersamaan hari Jumaat, 4 program sekolah telah pun dijalankan. Program tersebut ialah Majlis Penutupan Karnival Akademik dan Bulan Koperasi 2013. Majlis Sambutan Hari Lahir Warga Sekolah SMKGB dan Majlis Perpisahan Guru-guru Praktikum.

Majlis dimulakan dengan sambutan Hari Lahir kepada warga sekolah yang lahir pada bulan April,Mei dan Jun. Puan Pengetua dan tetamu jemputan menyanyikan lagu hari lahir ditujukan kepada murid dan guru yang menyambutnya dalam 3 bulan tersebut. Majlis ini diakhiri dengan tandatangan serta ucapan hari lahir daripada Pengetua didalam kad hari lahir  kepada mereka yang menyambutnya.

Kemudian, majlis disambungkan dengan majlis perpisahan serta tanda ingatan kepada guru- guru praktikum yang menjalani latihan di sekolah ini selama 3 bulan. Sekalung Terima Kasih atas khidmat mereka di sekolah ini. Semoga bertemu lagi dan selamat maju jaya dalam dunia pendidikan yang akan diceburi nanti. Guru-guru praktikum adalah seperti berikut

1.Cik Noorlyda Latip dari UPSI
2. Cik Siti Rahmah dari UPSI
3. Cik Norhanisah Marais dari UPSI
4. Cik Siti Nadzirah Anuar dari UKM
5. En Mohd Hafizul Azrie dari UKM

Akhir sekali, Majlis Penutupan Bulan Akademik dan Bulan Koperasi dimulakan dgan ucapan Pengetua dan ucapan Penutup oleh tetamu Jemputan, Dato' Haji Mohd Alias bin Abdul, ( Alumni tahun 1970) , Pengerusi MARLIS Corporation(M) Sdn Bhd.
Kemudian tayangan video bulan koperasi dan persembahan murid yang menang dalam pertandingn yang diadakan.


Wednesday, June 26, 2013

PERTANDINGAN DRAMA MODEN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2013

Pada 25 Jun 2013, bersamaan hari Selasa, Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba telah menjadi tuan rumah untuk pertandingan Drama Moden Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2013. Sebanyak 6 buah sekolah sekitar Negeri Melaka telah masuk bertanding. Pertandingan bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Pasukan Drama SMK Ghafar Baba telah menyertai pertandingan ini dan mendapat tempat kedua. Tahniah dan syabas kepada semua sekolah yang bertanding.

Senarai nama sekolah yang bertanding
1. SMK RAHMAT
2.SMK GHAFAR BABA
3.SMK ST FRANCIS
4.SM BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR
5.SMK MUNSHI ABDULLAH
6.SMK MANSOR SHAH

Senarai Pemenang
Johan: SMK MUNSHI ABDULLAH
NAIB  JOHAN: SMK GHAFAR BABA
KETIGA: SMK MANSOR SHAH
SKRIP TERBAIK: SM BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR
PENGARAH TERBAIK: SMK MUNSHI ABDULLAH
PELAKON LELAKI TERBAIK: SMK MUNSHI ABDULLAH
PELAKON WANITA TERBAIK: SMK MUNSHI ABDULLAH