
Karnival Jubli Emas 50 Tahun SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah Melaka
Tarikh : 30 & 31 Mac 2012
Tempat : Sekolah Kluster Kecemerlangan, SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah Melaka
Berikut merupakan aturcara Program




Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersifat mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibubapa, komuniti dan masyarakat.




Pemimpin murid di dalam sesebuah sekolah merupakan aset terpenting institusi berkenaan dalam membantu pihak sekolah meningkatkan dan mengekalkan kelestarian akademik dan sahsiah murid-muridnya ke tahap yang membanggakan.
Pemimpin-pemimpin murid di sekolah pada hari ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, Ahli Lembaga Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua-ketua Kelas dan Pengawas Asrama yang membantu pihak sekolah dalam bidang pengurusan masing-masing.
Majlis pelantikan pemimpin murid yang dilaksanakan ini untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan di atas pelantikan murid-murid sebagai pemimpin murid di sekolah ini bagi tahun 2012 ini. Penghargaan ini juga diharapkan akan menjadi pendorong kepada murid-murid lain supaya sentiasa berfikiran positif mdan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menggarap kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang di sekolah berprestij ini.








SEKAPUR SIRIH
Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan peristiwa penting dalam kalendar aktiviti sekolah. Aktiviti yang diadakan setiap tahun ini mampu menggabungkan semua warga sekolah dalam merealisasikan kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan. Selain itu pelajar-pelajar didedahkan dengan pengelolaan dan pengurusan sukan melalui penglibatan mereka sebagai atlit dan pembantu guru atau pegawai kejohanan.
MATLAMAT
1. Penyertaan 100% pelajar dalam aktiviti olahraga dan pengurusan sukan.
2. Meningkatkan dan mengekalkan prestasi kecergasan fizikal pelajar
OBJEKTIF
¨ Membentuk dan mencari bakat bagi Pasukan Olahraga Sekolah.
¨ Mempertingkatkan persediaan mental bagi mencapai kecemerlangan dan meningkatkan motivasi kendiri.
¨ Memupuk semangat setiakawan, bekerjasama dan bertolak ansur.




