Thursday, May 26, 2011

Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Sekolah

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

(Tempo = 120)

BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM


Pada 16 Mei 2011, sambutan Hari Guru Tahun 2011 bagi peringkat sekolah telah diadakan di SMK Ghafar Baba dengan meriahnya. Sambutan ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan perarakkan guru masuk ke Dataran Warga dan disambut oleh murid-murid SMK Ghafar Baba. Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Pengetua, Pn Hajjah Nubah Aton serta utusan dari Perdana Menteri Malaysia serta Menteri Pelajaran Malaysia.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata serta hadiah kepada guru-guru iaitu seperti guru yang menyambut hari kelahiran pada bulan Mei dan Jun, hadiah kepada guru-guru berdasarkan pertandingan yang di pertandingkan iaitu Guru Paling Comel, Guru Paling Sempoi dan lain-lain.
Disamping itu, terdapat juga permainan seperti Boling Kelapa, Karom dan Kotak Beracun. Tidak ketinggalan juga diselang seli dengan persembahan oleh murid serta Koir oleh guru yang dipimpin oleh Pn Zakiah Abd Kadir.
Majlis diteruskan dengan jamuan-jamuan di kelas-kelas, dimana murid menyediakan makanan untuk guru-guru. Secara keseluruhannya, sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut dengan meriah sekali.
Terima Kasih Guru-guru SMK Ghafar Baba yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk mendidik anak bangsa di SMK Ghafar Baba.







Aktiviti Gotong Royong Sempena Menyambut Hari GURU 2011

Satu aktiviti gotong royong mengecat bangunan Blok Tahan dan persekitaran Dataran Warga SMK Ghafar Baba telah diadakan pada 14 Mei 2011. Aktiviti ini diadakan untuk menceriakan blok bangunan sekolah, terutamanya blok bangunan lama, iaitu blok Tahan dimana menempatkan murid -murid Tingkatan 5. Aktiviti ini bermula dari jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh guru-guru SMK Ghafar Baba serta dibantu oleh beberapa murid SMK Ghafar Baba. Aktiviti ini juga telah mengeratkan hubungan antara sesama guru dan murid.
Program ini tamat pada jam 12.30 tengah hari.






Wednesday, May 25, 2011

MAJLIS PERSARAAN CIK HAJAH MURNE MAIMUNAH





DARI MANA HENDAK KEMANA,
TINGGI RUMPUT DARI KEPADI,
HARI MANA BULAN YANG MANA,
DAPAT KITA BERTEMU LAGI

Pada 18 Mei 2011, bersamaan Hari Rabu, satu majlis persaraan Cik Hajah Murne Maimunah telah diadakan. Cik Hajah Murne Maimunah merupakan guru paling lama berkhidmat di SMK Ghafar Baba. Beliau pernah menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran (Kemanusiaan) sebelum dinaikkan pangkat menjadi Guru Tingkatan 6.
Subjek yang diajar oleh beliau di SMK Ghafar Baba ialah Geografi serta Pengajian Am.

Jasa dan pengorbanan beliau di SMK Ghafar Baba sangat dihargai dan sentiasa dikenang sepanjang masa. Semoga Cik Hajah Murne Maimunah sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT sepanjang masa. Terima Kasih Cikgu!




Saturday, March 5, 2011

UJIAN PENILAIAN 1 2011

Ujian Penilaian 1 bagi tahun 2011 telah pun bermula pada 3 Mac 2011 dan berakhir pada 10 Mac 2011 bagi murid Tingkatan 1 hingga 3. Bagi Tingkatan 4 dan 5 telah bermula pada 28 Februari 2011. Selamat berjaya kepada murid-murid SMK Ghafar Baba.



Saturday, February 26, 2011

MAJLIS PENUTUPAN MAULIDUR RASUL 1432H

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah merupakan salah satu program yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai satu usaha untuk membangkitkan semangat pelajar supaya sentiasa memperingati dan menghayati sejarah kelahiran, sahsiah diri dan juga perjuangan Rasullulah S.A.W dengan harapan pelajar terus menjadikan diri Rasullullauh S.A.W sebagai 'role-model' dalam kehidupan di samping memperjuangkan dan mengembangkan syiar Islam sehingga masyarakat Islam terus berada di landasan yang betul





Tuesday, February 22, 2011

LADAP 2 :LATIHAN KAWAD KAKI GURU SMKGB 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan kali kedua bagi guru-guru SMK Ghafar Baba telah diadakan pada 12 Februari bertempat di Dataran Warga SMK Ghafar Baba. Pada LADAP kali ini, aktiviti yang dijalankan ialah latihan kawad kaki, di beri penerangan oleh 2 orang pelatih dari luar. Pelbagai latihan dan tunjuk ajar cara berkawad di terangkan dan diharapkan ianya dapat memberi petunjuk dan ilmu kepada guru SMK Ghafar Baba untuk mengajar cara berkawad yang betul kepada murid-murid SMK Ghafar Baba.





Friday, February 11, 2011

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Kesempatan itu, SMK Ghafar Baba turut menyambut Maulidur Rasul untuk memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.