Sunday, August 22, 2010

PROGRAM KHEMAH IBADAT QIAMULLAIL RAMADHAN 2010 TEMA: ‘ MEMBINA JASMANI MEMPERKASA ROHANI ‘

Qiamullail merupakan amalan mulia para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh sebelum kita di mana ianya banyak memberi kebaikan yang tidak ternilai seperti mana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullail kerana sesungguhnya itulah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada Tuhanmu dan membersihkan dosa-dosamu dan menghindarkan kamu daripadanya serta ia mengusir penyakit dari tubuh “ Berdasarkan faktor berikut, program ini dirancang diperingkat sekolah dalam usaha mentajdid kekuatan fizikal, mental dan spiritual seterusnya dapat mengislah pelajar supaya dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Program Khemah Ibadat Qiamullail ini disertai oleh murid Tingkatan 5 SMKGB. Pendaftaran peserta bermula jam 5.00 petang, diikuti dengan tadarus Al-Quran. 7.20 petang majlis berbuka puasa di Dewan Makan Asrama SMK Ghafar Baba. Seawal jam 3.00 pagi, murid dikejutkan untuk meneruskan aktiviti program Qiamullail. Solat Sunat Tasbih, Sunat Tahajud diimamkan oleh Ustaz Haziman. Turut menyertai program Qiamullail ini ialah Pn Pengetua, Pn Hjh Nubah binti Aton berserta beberapa orang guru pengiring yang mengawal murid. Semoga program Qiamullail ini dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan dan seterusnya merangsang roh mereka kearah sifat-sifat mahmudah









No comments:

Post a Comment