MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MURID TAHUN 2011
Pemimpin murid di dalam sesebuah sekolah merupakan aset terpenting institusi berkenaan dalam membantu pihak sekolah meningkatkan dan mengekalkan kelestarian akademik dan sahsiah murid-muridnya ke tahap yang membanggakan. Pemimpin-pemimpin murid di sekolah pada hari ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, Ahli Lembaga Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua-ketua Kelas dan Pengawas Asrama yang membantu pihak sekolah dalam bidang pengurusan masing-masing. Majlis pelantikan pemimpin murid yang dilaksanakan ini untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan di atas pelantikan murid-murid sebagai pemimpin murid di sekolah ini bagi tahun 2011 ini. Penghargaan ini juga diharapkan akan menjadi pendorong kepada murid-murid lain supaya sentiasa berfikiran positif mdan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menggarap kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang di sekolah berprestij ini.








No comments:
Post a Comment