Assalammualaikum dan selamat
sejahtera.
Alhamdulillah
saya sangat bersyukur dengan keputusan SPM yang saya dapat. Ramai juga yang
berkata kepada saya, "Kau budak pandai boleh la skor. Aku ni usaha-usaha
pun masih susah nak skor dengan baik". Wahai rakan, pada pendapat saya,
tiada istilah pandai atau kurang pandai dalam dunia ni. Itu semua hanya istilah
yang kita guna untuk label seseorang berdasarkan kesan perlakuan mereka.
Contohnya, kalau mereka berjaya skor dalam peperiksaan, kita label golongan ini
sebagai budak-budak pandai dan sebaliknya. Istilah yang sepatutnya digunakan
adalah berdasarkan tindakan atau usaha mereka sepanjang tempoh tersebut.
Istilah yang saya maksudkan adalah 'RAJIN' dan 'MALAS'. Kalau kita lihat
pelajar yang berjaya, MAJORITInya RAJIN menyiapkan kerja sekolah yang
diberikan, RAJIN melakukan ulang kaji matapelajaran serta RAJIN ke sekolah.
Memang tidak dinafikan ada golongan MINORITI yang dilahirkan genius, tak buat
'homework', tak ulang kaji dan ponteng kelas tapi masih boleh skor dengan baik
dalam peperiksaan. Walaubagaimanapun, kita janganlah menjadikan golongan
minoriti ini sebagai contoh kerana bukan semua di antara kita yang dilahirkan
dengan kebolehan sebegitu. Kesimpulannya, kalau mahukan kejayaan, RAJIN
kan diri menuntut ilmu. :D
Kawan-kawan sekalian,
Saya
nak berkongsi cara saya belajar ketika di rumah. Terus terang, saya bukan
manusia ulat buku yang mampu mentelaah satu subjek berjam-jam lamanya, 15 minit
sudah cukup maksimum bagi saya untuk satu matapelajaran. Cara untuk atasi
perkara sebegini adalah dengan menggunakan cara 'Golden 10 Minutes' pergh
nama. Saya menggunakan 10 minit minimum untuk mengulangkaji satu subjek
dengan syarat saya bebas daripada gangguan persekitaran dan menumpukan
perhatian 100% terhadap subjek tersebut. Bila kita mendalami subjek tersebut,
kita akan mula berasa seronok untuk meneruskan ulangkaji. Biasanya saya akan
belajar pada waktu petang selepas aktiviti riadah. Hal ini kerana selepas
riadah, jantung mengepam darah dengan lebih laju ke seluruh anggota badan
terutamanya otak kita. Jadi, saya gunakan masa ini, lebih kurang 10 minit
selepas riadah untuk mengulangkaji pelajaran. Kesimpulannya di sini ialah TUMPUAN
adalah paling penting dalam mengulang kaji matapelajaran,
Saya
juga mahu tekankan kepada rakan-rakan bahawa kita perlu KONSISTEN dalam
mengulangkaji pelajaran. Mula ulangkaji daripada tingkatan 4. Jangan anggap
tingkatan 4 sebagai tahun 'honeymoon' selepas PMR atau PT3. Ulangkaji lah apa
yang dipelajari setiap hari paling kurang 10 minit. Jika dilakukan secara
konsisten, insyaa Allah kita mampu memahami dan mengingati apa yang diajar oleh
guru-guru kita. Selain itu, kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru wajib
disiapkan. Hal ini kerana kerja sekolah mampu menjadi bahan bantuan untuk kita
mengingati dan memahami apa yang dipelajari pada hari tersebut. Gunakan masa
yang terluang di dalam kelas untuk menyiapkan kerja sekolah. Hal ini akan
memberi kita lebih banyak masa di rumah untuk merehatkan minda. Oleh itu, kita
perlu tahu bahawa ULANGKAJI dan KERJA SEKOLAH merupakan dua
perkara berbeza tetapi WAJIB DILAKUKAN setiap hari.
Rakan-rakan,
Saya mahu ingatkan perkara paling penting
dalam usaha kita untuk memperoleh kejayaan. Pertama sekali ialah IKHLASKAN
DIRI untuk menuntut ilmu. Bagi yang Muslim, pasanglah niat menuntut ilmu
kerana Allah. Insyaa Allah ilmu yang ditimba setiap hari diberkati-NYA. Kedua, SAYANGI
GURU kita. Caranya mudah, hormati mereka dan sentiasa siapkan kerja sekolah
yang diberi. :D. Bila kita sayang guru, barulah ilmu yang kita peroleh
diberkati. Ketiga, bagi seorang Muslim, iaitu MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
SWT. Jangan tinggal solat, perbanyakan bacaan Al Quran serta elakkan diri
daripada membuat perbuatan mungkar. Ungkapan DUIT = DOA + USAHA + ISTIQOMAH
+ TAWAKKAL merupakan ungkapan terbaik untuk kita. Tanpa salah satu, sungguh
sukar untuk kejayaan menjadi milik kita.
Saya berharap perkongsian ini dapat
menjadi pembakar semangat kepada kita
semua untuk meneruskan kejayaan. Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua.
'I am not saying it's gonna be
easy, I am telling you it's gonna be worth it'.
FATHI YUSUF MOHAMAD
Straight A's SPM 2014
SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah.
No comments:
Post a Comment