MD RAFAEL BIN MD HASSAN
Assalamualaikum w.b.t. Nama saya Md Rafael Bin Md
Hassan. Saya bersekolah di SMK Ghafar Baba. Alhamdulillah saya telah berjaya
memperoleh semua A(9A) dalam semua mata pelajaran semasa keputusan SPM
diumumkan baru-baru ini. Jadi, di sisni saya ingin mencoretkan sedikit
perkongsian tentang tips belajar yang mungkin berguna kepada anda semua. Pada
pendapat saya, untuk belajar dengan lebih efisien, strategi amatlah penting.
Antaranya ialah ketika di dalam kelas saya akan
memastikan saya memberikan tumpuan 100% kerana apabila cikgu mengajar, banyak
sebenarnya input yang kita akan peroleh. Tumpuan yang 100% sebenarnya lebih
baik daripada membaca secara membuta tuli kerana membaca dengan cara begitu
hanya akan menambahkan lagi tekanan lebih-lebih lagi kalau kita tidak memahami
apa yang kita baca. Seterusnya saya juga akan bertanya kepada guru sekiranya
saya tidak memahami sesuatu topik. Saya akan bertanya sehingga saya faham dan
tidak akan sesekali berasa malu dan bertangguh untuk bertanya kerana penagguhan
hanya akan menambahkan lagi masalah. Saya juga akan sentiasa menolong
kawan-kawan yang memerlukan pertolongan terutamanya dalam pelajaran kerana bila
kita berbuat baik, kita akan lebih daripada apa yang kita buat terhadap orang
lain. Seterusnya, saya sentiasa menghormati guru dengan tidak membantah segala
arahan yang diberikan dan saya menerima segala tugasan yang diberikan dengan
hati terbuka walaupun kita sedar kadang-kadang kerja yang diberikan agak banyak
tetapi jarang kita sedar akan kehadiran hikmah di sebalik cabaran itu semua.
Di rumah pula, saya akan menyiapkan segala kerja atau
tugasan yang diberikan oleh guru dengan lengkap. Walau sesibuk mana pun saya,
saya akan memastikan tugasan-tugasan yang diberikan disiapkan tanpa sebarang
alasan. Saya juga akan mengulangkaji subjek-subjek yang telah belajar di
sekolah dengan mengambil kelas tambahan agar saya tidak lupa. Dan apabila minggu
peperiksaan telah hampir tiba, saya akan pastikan saya membuat ulangkaji sebaik
yang saya mampu atau yang terbaik sepanjang hidup saya kerana saya percaya
bahawa SPM ini hanya datang sekali saja. Jadi hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih. Berkorbanlah selagi kita mampu.
Seterusnya, yang paling penting ialah saya akan
merancang masa saya dengan sebaik-baiknya kerana kita di sekolah bukan hanya
untuk belajar dalam akademik sahaja bahkan banyak kemahiran yang perlu kita
asah agar kita menjadi pelajar yang serba boleh. Jadi, kalau ada diantara kita
yang mengeluh kerana tidak mempunyai masa untuk belajar dan bergiat aktif dalam
kokurikulum, ternyata anda gagal dalam pengurusan masa. Untuk mengurus masa
anda, pastikan anda tahu yang mana perlu diberikan lebih keutamaan dan pastikan
anda ada jadual anda sendiri.
Akhir sekali, sebagai seorang ketua pelajar
sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa tugasnya amat berat. Namun, saya tidak
mahu manjadikannya sebagai alasan untuk saya tidak berjaya. Sememangnya
sesekali ada terasa ingin berputus asa kerana terpakasa manggalas beban yang
sangat berat tetapi saya sedar bahawa kita perlu yakin dengan kebolehan diri
sendiri. Kalau orang lain percaya dengan kebolehan kita, mengapa tidak kita?
Jadi, yakinlah pada diri sendiri.
Tuntasnya, untuk mandapat keputusan yang cemerlang
dalam apa jua peperiksaan, bukanlah suatu perkara yang sukar tetapi tidak
mustahil ianya akan manjadi sukar kalau tidak kena pada caranya. Pada pandangan
saya, kalau kita benar-benar inginkan kejayaan, kita sendiri akan buktikan.
Maksudnya, kesungguhan memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap
perkara. Walau bagaimnapun, cara belajar ini terpulang kepada diri sendiri
kerana lain orang lain caranya. Jadi carilah jalan yang paling sesuai dengan
cara hidup kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Ingatlah bahawa
kejayaan sememangnya suatu pilihan dan bukannya nasib.
~Rafael~
No comments:
Post a Comment