Monday, July 19, 2010

Penilaian 3


Penilaian 3 bagi murid Tingkatan 5 telah pun bermula pada 19 Julai 2010. Selamat menjawab dan semoga berjaya



Monday, July 12, 2010

Watikah Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya


Pembimbing Rakan Sebaya adalah murid-murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. PRS berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas memberi nasihat dan menyelesaikan masalah orang lain.

FALSAFAH PRS
BANTU DIRI UNTUK BANTU RAKAN LAIN









Thursday, July 8, 2010

MALACCA STATE ENGLISH LANGUAGE PARLIAMENTARY STYLE DEBATE 2010

Guest Of Honour:
Tn Hj Mohd Arshad bin Othman
Pen PPD Kurikulum Bahasa / Bahasa Inggeris

Date : 8/ JULY / 2010
Venue: SMK Ghafar Baba, 78300 , Masjid Tanah, Melaka

Topics For Debate
1. Music and Art Education brings out the best in people.
2. Punishing parents for teenagers' crime will solve social problems.
3. One student one sport policy should be made compulsory in schools.





Friday, July 2, 2010

Pelancaran Program COMBI dan Bulan Bitara Akademik Tahun 2010

Bulan Bitara Akademik adalah satu program tahunan yang disambut di peringkat sekolah. Program ini juga adalah untuk meningkatkan pencapaian murid didalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Program yang dijalankan mengikut panitia di SMK Ghafar Baba. Antaranya seperti

Bidang Sains dan Matematik
  1. 1. Telur Ajaib
  2. Menara Tertinggi
  3. Permainan Dart
  4. Kereta Terlaju
  5. Projek Mural
  6. Treasure Hunt
  7. Teka Silang Kata
  8. Carta Sains dan Matematik
Bidang Teknik dan Vokasional

  1. Tangram
  2. Power Point
  3. Litar Siri/ Selari
  4. Jahitan Sulaman
  5. Lukisan Teknik
  6. Memasak
  7. Projek Kayu
  8. Lakaran Idea
  9. Kuiz Ekonomi
Bidang Kemanusiaan

  1. Petanque
  2. Folio Kesihatan
  3. Kardiovaskular Test
  4. Karikator
  5. Kuiz Bertulis
  6. Melukis Peta
  7. Tahlil
  8. Hafazan
Bidang Bahasa

  1. Bacalah Sayang
  2. Spelling Bee Contest
  3. Word Maze English Contest
  4. Penukaran Tulisan Katakan-Hiragana
  5. Treasure Hunt
  6. Wacana Idea
  7. Mari Bersajak
  8. Lirik Lagu Jepun
Semoga objektif program ini, iaitu untuk menyuburkan daya kepimpinan murid ke arah pembangunan kendiri menerusi pertandingan-pertandingan yang diadakan dapat mencapai sasarannya.






Thursday, July 1, 2010

Satu Murid Satu Permainan

Satu murid satu permainan merupakan salah satu aktiviti Kokurikulum SMK Ghafar Baba untuk memupuk semangat kesukanan didalam diri setiap murid sekolah. Sehubungan dengan itu, diharapkan agar aktiviti ini dapat menyemai semangat kesukanan, minat dan disiplin terhadap murid sekolah.







Majlis Perpisahan Pn Aziah Ahmad

Puan Aziah Ahmad adalah merupakan seorang warga pendidik SMK Ghafar Baba yang telah berkhidmat selama 10 tahun di sekolah ini. Pada hari ini, beliau telah berpindah ke Kolej Matrikulasi di Selangor. Segala jasa dan khidmat beliau amat dihargai dan dikenang sepanjang zaman. Terima kasih dan Selamat berjaya di tempat bertugas yang baru.

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi puan