Wednesday, June 30, 2010

HARI KOPERASI SEKOLAH 2010

Tema: Kreativiti dan inovasi memperkasakan koperasi sekolah

Pada 28 Jun 2010 ,bertempat di Dataran Warga,SMK Ghafar Baba, satu majlis iaitu Hari Koperasi Sekolah telahpun berlangsung dengan jayanya. Tetamu jemputan pada hari tersebut ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Kamarulzaman bin Jantan, Pengarah KJ Waja yang sudi meluangkan masa untuk meraikan Hari Koperasi SMK Ghafar Baba ini.

Pada tahun ini, sambutan Hari Koperasi diadakan dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik murid-murid supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.






PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009

SMK Ghafar Baba mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009. Semuga anugerah ini menjadi pendorong kepada guru terbabit dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan, seterusnya perkhidmatan cemerlang anda dapat menjadi contoh kepada staf-staf yang lain.




LENCANA SEKOLAH SMK GHAFAR BABA



Lencana Sekolah

Lencana sekolah telah direka oleh Tuan Haji Yaakob bin Bachik. Pada lencana sekolah ini tertera lambang-lambang utama iaitu simbol obor, buku dan alat sukan. Terdapat 4 warna yang melambangkan pengertian-pengertian tertentu;

Warna Coklat : Melambangkan perpaduan warga sekolah
Warna putih : Melambangkan kesucian hati pelajar dan guru
Warna hijau : Melambangkan warga sekolah yang sentiasa aman dan damai
berteraskan keislaman
Warna kuning : Melambangkan budaya bangsa yang berteraskan agama Islam dan
ketuanan kepada Raja
Simbol obor : Membawa maksud menerangi cahaya hidup
Simbol buku : Melambangkan buku dan tarikh 24 September 1962 bermaksud
perletakan batu asas
Alat Sukan : Membawa erti warga sekolah bergiat aktif dalam bidang sukan

PANORAMA SMK GHAFAR BABA 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba terletak dalam Mukim Masjid Tanah dan Sungai Baru Ulu dengan keluasan tanah seluas 13.5 ekar. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Pada peringkat awal penubuhannya, ia menumpang di Sekolah Rendah Inggeris Masjid Tanah, Melaka ( sekarang dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Tamby Chik Karim ). Pada ketika itu bilangan muridnya ialah seramai 116 orang. Gurunya terdiri daripada 4 orang, 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Sementara pengetuanya pada ketika itu ialah Encik Hashim bin Mohamad dan Ketua Pengawas (ketua pelajar) ialah Ab. Aziz bin Hj Bidin.

Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif masyarakat setempat dan diasaskan pada bulan Januari 1962. Ketua masyarakat yang bertanggungjawab mempelopori dan mengasaskannya ialah Datuk Tamby Chik bin Karim. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah yang pertama.

Perletakan batu asasnya telah dilakukan pada 24 September 1962 oleh Y.A.B. Encik Abdul Ghafar bin Baba, Ketua Menteri Melaka. Sementara perasmiannya dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Tun Hj. Abdul Malik bin Yusuf, Gabenor Negeri Melaka pada hari Khamis 19 Mac 1964.

Pada tahun 1967 sekolah ini telah ditukar namanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah menjadi Sekolah Ghafar Baba iaitu mengambil sempena nama Abdul Ghafar bin Baba seorang anak watan Melaka yang mula mengharumkan namanya dalan arena politik tanah air.






Tuesday, June 29, 2010

Blog Panitia

Disini merupakan blog panitia yang terdapat di SMK Ghafar Baba.

1. Panitia Rekacipta : http://rcsmkgb.wordpress.com

2. Panitia ICT : http://panitiaictsmkghafarbaba.blogspot.com

SEK MEN KEB GHAFAR BABA



VISI SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GHAFAR BABA IALAH SEKOLAH BERPRESTIJ MELAHIRKAN INSAN TERBILANG DAN BERKETRAMPILAN


MISI SEKOLAH

1)MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF

2)MENGAMALKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG

3)MELENGKAPKAN PELAJAR DENGAN ILMU PENGETAHUAN DAN PENGUASAAN ICT

4)MEMANTAPKAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAGI MANGEMBANGKAN BAKAT KE TAHAP OPTIMUM

5)MEMBUDAYAKAN DISIPLIN DIRI DAN AKHLAK TERPUJI

6)MEMANTAPKAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG BERKESAN


OBJEKTIF SEKOLAH

1. MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK
2.MEMAJUKAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH
3.MENGUTAMAKAN DISIPLIN DIRI
4. MENYUBURKAN DAYA KEPIMPINAN
5. MENGAMALKAN NILAI-NILAI KEROHANIAN