Friday, December 31, 2010

MAJLIS PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU TAHUN 2011

Pada 31 Disember 2011, SMK Ghafar Baba telah mengadakan Majlis Pendaftaran Murid Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan tahun 2011. Seramai 800 murid Tingkatan Satu dari Rancangan Khas serta Kawalan telah daftar di SMK Ghafar Baba. Pada majlis ini juga, murid diberikan buku teks serta pembelian keperluan sekolah seperti buku-buku latihan , nota dan lain-lain keperluan di Koperasi SMK Ghafar Baba selain pembayaran yuran sekolah yang dibuat di kelas masing-masing.
Satu sesi dialog bersama Pengetua SMK Ghafar Baba, Pn Hjh Nubah binti Aton turut diadakan dengan ibu bapa serta penjaga murid Tingkatan Satu.
Objektif majlis ini diadakan ialah untuk

·1. Menyampaikan dan berkongsi maklumat awal mengenai proses pembelajaran dan pengajaran serta permasalahan yang kerap berlaku dikalangan murid SMKGB.

· 2. Mengeratkan ukhwah antara organisasi sekolah dengan ibu bapa dan penjaga.


Semoga murid Tingkatan 1 dapat meneruskan lagi serta meningkatkan lagi prestasi sekolah dari segi kurikulum serta kokurikulum.

Sunday, December 26, 2010

KEPUTUSAN PMR 2010

Keputusan PMR 2010 telah pun diumumkan pada 23 Disember 2010 bersamaan pada hari Khamis. Calon-calon PMR 2010 telah berada di sekitar kawasan sekolah bermula jam 9.00 pagi. Pada pukul 11.00 pagi, keputusan diedarkan kepada calon PMR 2010. Seramai 38 calon dari 199 calon PMR 2010 memperolehi 8A. SMK Ghafar Baba merupakan antara sekolah yang mencapai lulus 100%, dan merupakan sekolah harian bagi Negeri Melaka yang mencapai keputusan lulus 100%. Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya serta nasihat dan bimbingan guru-guru SMK Ghafar Baba yang turut menyumbang tenaga dan masa dalam mendidik serta mengajar terhadap calon-calon PMR ini.





Friday, November 19, 2010

Perpisahan Guru Pindah dan GSTT

Pada hari ini,tamatlah perkhidmatan guru Pn Sharipah Deraman, Pn Bashariah di SMK Ghafar Baba. Pn Sharipah Deraman akan menyambungkan perkhidmatan beliau di Negeri Perak. Sepanjang perkhidmatan beliau di SMK Ghafar Baba, banyak jasa dan perkhidmatan yang telah beliau berikan, tidak kira di dalam kelas mahupun aktiviti di luar kelas.
Pn Bashariah pula akan menyambungkan perkhidmatan beliau di negeri Pahang. Beliau juga merupakan warga pendidik yang sentiasa membantu murid dalam pembelajaran mahupun aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah.
Sementara itu, pada hari ini juga, guru sandaran tidak terlatih(GSTT) juga menamatkan perkhidmatan mereka sebagai guru di SMK Ghafar Baba. Antara GSTT yang banyak menyumbangkan jasa dan perkhidmatan kepada sekolah ialah Cik Norazlin, Cik Norlyda Latip, Cik Siti Fauziah, Pn Mumtaziah, Pn Norazaliza, Pn Salbarina dan En Hasbi. Jasa dan pengorbanan yang guru berikan amatlah pihak sekolah hargai
Diharapkan semoga guru yang berpindah ini sentiasa diberkati oleh Nya dan berjaya pada masa akan datang. Terimalah serangkap pantun dari kami, warga SMK Ghafar Baba.


Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi








Thursday, November 11, 2010

JAMBANGAN BUDI KALUNGAN KASIH 2010


HARI ANUGERAH TAHUN 2010

Bagi menggapai suatu kejayaan dan kecemerlangan sekolah bergantung kepada kegigihan, inovasi dan kreativiti guru, staf dan pelajar dalam memainkan peranan masing-masing. Setiap warga institusi sekolah mempunyai potensi untuk menjayakan diri dalam pelbagai aspek seperti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, akademik, ko-kurikulum dan kepimpinan. Sesuatu usaha yang dibuat untuk mendapatkan suatu anjakan paradigma yang baru sudah semestinya mengambil satu nilai pengorbanan yang amat tinggi. Justeru itu, adalah wajar mereka diberikan penghargaan di atas kejayaan atau kecemerlangan yang telah dicapai sepanjang tahun 2010. Penghargaan ini juga diharapkan akan menjadi pendorong kepada guru, staf dan pelajar yang lain supaya gigih menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus, pendidik, pemimpin pelajar dan pelajar biasa.





Sunday, October 24, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN 2010

Jamuan Akhir Tahun Kelab Staff bersama Alumni 2010 telah diadakan pada 23 Oktober 2010 bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Arshad, SMK Ghafar Baba. Jamuan ini dihadiri oleh beberapa alumni SMK Ghafar Baba berserta guru dan staff SMK Ghafar Baba.









Tuesday, October 19, 2010

PENANDAARAS DARI SMK RAHMAT








Tarikh: 18 Oktober 2010
Tempat: Bilik Gerakan SMK Ghafar Baba
Masa : 12.30 pm

SMK Ghafar Baba telah dilawati oleh Jawatankuasa Pengurusan dari SMK Rahmat. Tujuan penandaras ini adalah untuk mendapat kerjasama serta bertukar idea dan pandangan dari SKK SMK Ghafar Baba dengan SMK Rahmat. Diharapkan pertalian yang tercipta ini dapat kita manfaatkan bersama-sama dalam merealisasikan harapan 1 Malaysia. Sekalung budi ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan dari SMK Rahmat atas kesudian melawat ke sekolah SKK SMK Ghafar Baba ini.

Monday, October 18, 2010

MAJLIS PERASMIAN GURU KAKA 2010/2011

Tarikh: 18 Oktober 2010
Masa: 7.40 pagi hingga 8.30 pagi
Tempat: Dataran Warga SMK Ghafar Baba

Program KaKa ( Guru Muda) adalah satu program yang dirangka khas bagi membantu murid lemah setiap subjek melalui rakan sebaya mereka yang berprestasi baik dan bertindak sebagai Guru KaKa atau guru muda pembimbing mereka. Rasionalnya pemilihan guru muda dalam kalangan rakan sebaya adalah kerana hanya mereka lebih memahami kebolehan dan minat daya pemikiran dan masalah rakan sebaya, kaedah yang lebih sesuai serta tahap pemahaman mengikut umur mereka.

Diharapkan Program Guru KaKa ini memupuk semangat murid membantu rakan lain atas dasar Mengajar Sambil Belajar.







Tuesday, October 12, 2010

Jemputan Jamuan Akhir Tahun Warga SMK Ghafar Baba bersama Alumni 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN WARGA SMK GHAFAR BABA BERSAMA ALUMNI 2010

TARIKH : 23 OKTOBER 2010
HARI : SABTU
MASA : 2.30 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SMK GHAFAR BABA

Kami mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan, iaitu alumni SMK Ghafar Baba untuk menghadiri majlis ini

- Tempat terhad hanya tinggal 30 sahaja
- Satu kad: RM 20.00
-Berminat sila hubungi

1. En Firdaus bin Talib : 0133913001
2. En Mohd Jafri bin Hassan : 017 2551708

Friday, October 1, 2010

MAJLIS RESTU PERDANA 2010

Majlis Restu Perdana ini adalah merupakan satu majlis yang selalu diadakan di SMK Ghafar Baba. Majlis ini bertujuan diadakan untuk membuat solat hajat dan bacaan Yassin kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan awam, iaitu PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2010 ini. Majlis ini diadakan di Masjid Putra di Masjid Tanah Melaka dan ia disertai oleh calon-calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM bersama penjaga mereka serta guru-guru SMK Ghafar Baba. Diharapkan dengan adanya majlis ini, ia dapat memupuk semangat calon-calon peperiksaan awam untuk berusaha bagi mencapai kejayaan yang mereka ingin kecapi. Selamat maju jaya kepada semua calon-calon peperiksaan awam 2010 ini.







SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2010

Sambutan Hari Raya bagi tahun 2010 peringkat sekolah telah diadakan pada 1 Oktober 2010. Sambutan Hari Raya ini disertai oleh semua warga SMK Ghafar Baba. Jamuan bermula jam 10 pagi dimana setiap kelas menghidangkan makanan tradisional, dan tidak lupa juga dihidangkan kuih raya. Sambutan ini juga dapat memupuk semangat berkerjasama serta semangat 1 Malaysia dikalangan murid serta guru SMK Ghafar Baba. Secara keseluruhan, sambutan berjalan dengan lancar.








Friday, September 3, 2010

Sumbangan Hari Raya Aidil fitri




Selamat Hari Raya -Saloma

( 1 )
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

( 2 )
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

( ulang 1 & 2 )

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya


Tinggal lagi seminggu, umat Islam akan menyambut hari lebaran. Lagu Selamat Hari Raya juga sering kedengaran di corong-corong radio mahupun di pasaraya di Malaysia. Bagi menyambut bulan Syawal yang bakal tiba, SMK Ghafar Baba telah memberi sumbangan Hari Raya bagi murid-murid SMK Ghafar Baba yang terpilih. Semoga lebaran yang datang pada tahun ini memberi 1001 makna kepada semua warga SMK Ghafar Baba. Salam aidilfitri , maaf zahir dan batin kepada semua dari kami, admin Blog SMK Ghafar Baba.













MALJIS PENUTUPAN BULAN PATRIOTISME DAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDIL FITIRI 2010

Bulan Ogos tidak asing lagi bagi negara kita, iaitu Malaysia untuk menyambut hari kemerdekaan bagi negara kita. Justeru itu, SMK Ghafar Baba turut menyambutnya dengan pelbagai pertandingan dan aktiviti bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dikalangan murid dan warga SMK Ghafar Baba. Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama sebulan iaitu seperti pertandingan teka silang kata, Penulisan Esei Kemerdekaan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Pertandingan Keceriaan Kelas dan Bilik-Bilik Khas. Pada hari ini, majlis penutupan bulan Patriotisme berjalan dengan baik dan lancar. Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang baik dari murid-murid serta warga pendidik SMK Ghafar Baba. Diharapkan semangat patriotisme dan cintakan negara turut disemai di jiwa mereka. MERDEKA...MERDEKA..MERDEKAA....
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.