Saturday, February 26, 2011

MAJLIS PENUTUPAN MAULIDUR RASUL 1432H

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah merupakan salah satu program yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai satu usaha untuk membangkitkan semangat pelajar supaya sentiasa memperingati dan menghayati sejarah kelahiran, sahsiah diri dan juga perjuangan Rasullulah S.A.W dengan harapan pelajar terus menjadikan diri Rasullullauh S.A.W sebagai 'role-model' dalam kehidupan di samping memperjuangkan dan mengembangkan syiar Islam sehingga masyarakat Islam terus berada di landasan yang betul





Tuesday, February 22, 2011

LADAP 2 :LATIHAN KAWAD KAKI GURU SMKGB 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan kali kedua bagi guru-guru SMK Ghafar Baba telah diadakan pada 12 Februari bertempat di Dataran Warga SMK Ghafar Baba. Pada LADAP kali ini, aktiviti yang dijalankan ialah latihan kawad kaki, di beri penerangan oleh 2 orang pelatih dari luar. Pelbagai latihan dan tunjuk ajar cara berkawad di terangkan dan diharapkan ianya dapat memberi petunjuk dan ilmu kepada guru SMK Ghafar Baba untuk mengajar cara berkawad yang betul kepada murid-murid SMK Ghafar Baba.





Friday, February 11, 2011

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Kesempatan itu, SMK Ghafar Baba turut menyambut Maulidur Rasul untuk memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.