Friday, December 25, 2015

CARA MENDAPATKAN USER ID YES DAN PASSWORD UNTUK FROG VLE PEMBELAJARAN SECARA MAYA (IBU BAPA / PENJAGA)

vle frog

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang diberi hak ke atas pendidikan mereka sendiri dan sedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan tenaga: 
Frog melengkapkan guru-guru dengan alatan yang dapat memudahkan tugas mereka seperti untuk merancang pengajaran, memeriksa latihan dan menguruskan kalendar akademik.
Berhubung dan berkolaborasi
 Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara untuk membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh sebab Frog adalah berasaskan awan (cloud-based), pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua. Lebih daripada itu, keupayaan pelajar untuk menyimpan hampir segala-galanya ke awan, bakal menjadikan beg sekolah yang berat sebagai satu sejarah.
Libatkan dan tambat perhatian
 Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan membinanya sebagai satu laman web yang berguna tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru untuk menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti
Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan oleh lebih 700 sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Adakah ibu bapa boleh mengakses Frog VLE?
Ibu bapa diberi 1BestariNet Yes ID untuk tujuan mengakses Dashboard Ibu Bapa dalam Frog VLE. Dengan Login ID mereka, ibu bapa dapat mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, butiran perhubungan sekolah, serta memuat turun borang dan dokumen penting. Tidak sekadar itu, ibu bapa juga boleh log masuk ke dalam Portal Ibu Bapa untuk mengaktifkan ID, mengurus akaun Yes dan memuat turun buku-buku digital percuma atau membuat pembelian di FrogStore.

Pada tahun 2015 Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba telah berjaya mengaktifkan penggunaan VLE FROG disekolah di mana semua murid dan guru telah mendapat ID dan PASSWORD masing-masing bagi membolehkan semua warga SMKGB menggunakan aplikasi yang disediakan di dalam VLE FROG


Berikut adalah link untuk ibu bapa mendapatkan ID dan password masing masing

Sila klik di pautan dibawah ini

CARA MENDAPATKAN USER ID YES DAN PASSWORD UNTUK FROG VLE PEMBELAJARAN SECARA MAYA (IBU BAPA / PENJAGA)


No comments:

Post a Comment