PERATURAN PAKAIAN SERAGAM
MURID
(Rujukan : Pekeliling Ikhtisas Bil .3/1983, Bil.8/1985, Bil
3/1992 dan Bil 2/1996 )
2.1 Pakaian Murid Lelaki.
2.1.1 Seluar panjang
berwarna hijau gelap.
2.1.2 Ukuran
labuhnya mestilah 4cm di bawah buku lali.
Kaki seluar tidak ketat. Maksudnya tidak ketat
ialah ukur lilit seluar mestilah antara
16 hingga 18 inci.
2.1.3 Seluar
berbentuk fesyen “jeans” dan poket bertampal di
belakang dilarang sama sekali.Murid juga dilarang
memakai seluar di bawah paras pinggang atau
terlondeh.
2.1.4 Baju
putih lengan pendek / panjang. Lengan baju pendek
mesti lebih sedikit dari aras siku.
Murid tidak dibenarkan memakai baju bersaiz kecil
dan pendek kerana baju berkenaan mudah
terkeluar daripada seluar. Jika memakai baju
berlengan panjang , lengan baju hendaklah
dikancing atau dilipat ke atas sedikit dari
paras siku (Pekeliling Ikhtisas Bil.3 /1983). Baju
hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar
sepanjang masa berada di dalam
kawasan sekolah dan pada waktu balik
dari sekolah. Butang baju tidak boleh
ditanggalkan.
2.1.5 Murid
lelaki digalakkan memakai singlet
putih / T-shirt putih nipis tanpa kolar, tanpa
hiasan , tulisan dan gambar.
2.1.6 Murid
lelaki diwajibkan memakai tali pinggang. Tali
pinggang itu pula hendaklah mematuhi
syarat-syarat berikut :
Warna
tali : Hitam
atau hijau warna gelap tanpa jalur mengikut warna seluar
Lebar : Tidak
melebihi 1.5 inci
Kepala : Sama besar
dengan tali pinggang dan tanpa hiasan.
2.1.7 Kasut
mestilah berwarna putih yang
diperbuat daripada ‘canvas’ atau dari bahan
sintetik lainnya seperti nylon dan
polyester yang mempunyai daya resap dan
penyaluran gerak pelajaran amat memandang
berat terhadap sebilangan murid yang tidak
menampilkan keceriaan , kekemasan dan kerapian
dalam berpakaian seperti tidak memasukkan
kemeja ke dalam seluar, tidak mengikat tali
leher dengan kemas, berkasut kotor serta
tabiat-tabiat lain yang memperlihatkan
nilai-nilai yang tidak diingini.
2.2 Pakaian
Murid Perempuan (Rujukan : Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983,
Bil.8/1985 ,
Bil.6 /1993 dan Bil . 2/1996)
2.2.1 Bagi
murid yang bukan beragama Islam , mereka
boleh memakai “Pinafore Tunic” berwarna biru
muda dan labuhnya hendaklah
sekurang-kurangnya 5 inci di bawah paras
lutut. Baju yang dipakai bersama mestilah
berwarna putih dan berlengan. Kain putih
jenis licin tidak dibenarkan kerana kulit
tubuh badan murid akan kelihatan terutama
apabila baju basah akibat berpeluh , kena
air atau kena hujan.
2.2.2 Murid
bukan beragama Islam juga dibenarkan
memakai baju kurung berwarna putih dengan
kain sarung berwarna biru muda. Bagi murid
beragama Islam pula , mereka digalakkan memakai
tudung atau mini telekung berwarna putih
tanpa sebarang hiasan serta berukuran sesuai
dengan murid yang memakainya (tidak terlalu
labuh atau tidak terlalu pendek)
2.2.3 Murid
perempuan dimestikan memakai kain dalam dan
baju lapisan dalam berwarna putih.
2.2.4 Kasut
perempuan juga mestilah diperbuat daripada
kanvas keseluruhan berwarna putih dan bertali. Kasut
putih berjalur warna lain , kasut sukan dan
kasut kulit tidak dibenarkan.
2.2.5 Pengawas
sekolah , PRS, Pengawas Pusat Sumber dibenarkan memakai kasut
kanvas berwarna hitam dengan syarat mereka
memakai pakaian seragam jawatan masing-masing dengan lengkap.
Walau bagaimanapun, kasut hitam yang diperbuat
daripada kulit tidak dibenarkan.
2.2.6 Semua murid dikehendaki
memakai stoking putih sekolah yang melebihi
aras buku lali.
2.2.7 Murid
mesti memakai pakaian seragam lengkap unit
beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu.
2.2.8 Murid
tidak dibenarkan memakai lapisan luar
kecuali dalam keadaan tertentu (suhu terlalu
sejuk).
2.2.9 Murid
dilarang memakai topi sama ada di dalam
atau sekitar bangunan sekolah.
2.2.10 Semua
murid kecuali yang memakai tudung wajib
memakai tali leher semasa berada dalam
kawasan sekolah.
2.2.11 Murid
dilarang sama sekali menggunakan alat solek
, memakai barang-barang kemas atau perhiasan
tiruan termasuk cat kuku tanpa warna. Murid yang
perlu emmakai barang kemas dengan alasan
agama / perubatan mesti mendapat kebenaran
bertulis daripada pengetua sekolah.
2.2.12 Pemakaian
lencana sekolah dan tanda nama adalah
diwajibkan bagi semua
murid dan messti dilekatkan secara kekal
sama ada dengan menggunakan stereka atau dijahit
pada sebelah atas poket baju / tudung. Murid
tidak dibenarkan memakai tanda nama orang
lain dan lencana yang boleh ditanggalkan pada bila-bila masa Hanya tanda
nama yang diperbuat daripada kain
dibenarkan.
2.2.13 Pakaian
seragam sekolah hendaklah dipakai pada masa
persekolahan, menghadiri kelas tambahan, semasa
menyertai rombongan anjuran sekolah , dan semasa
menghadiri aktiviti yang dijalankan di dalam bilik
darjah kecuali ada arahan sebaliknya.
2.2.14 Murid
tidak dibenarkan memakai cermin mata yang
berwarna hitam (sun glass) atau berbentuk luar
biasa. Kontak mata berwarna adalah diharamkan.
2.2.15 Murid
tidak dibenarkan memakai selipar / terompah pada
bila-bila masa ke sekolah kecuali murid
yang berasa sakit pada bahagian tapak
kakinya jika memakai kasut disebabkan
kecederaan.
2.2.16 Pakaian
seragam murid hendaklah sentiasa dalam
keadaan bersih dan kemas.
2.2.17 Pelajar
perempuan yang bertudung mesti memakai tudung seperti yang terjual dikoperasi sekolah sama ada bewarna hitam
atau putih
2.2.18 Murid dikehendaki memakai stokin sekolah yang dijual dikoperasi sekolah
BERIKUT ADALAH CONTOH PAKAIAN YANG DIGUNAKAN DI SMK GHAFAR BABA
PAKAIAN BAJU MELAYU DI HARI JUMAAT
PAKAIAN MURID PEREMPUAN DENGAN TUDUNG SGB
PAKAIAN PJK ATAU KOKURIKULUM
PAKAIAN PENGAWAS LELAKI
PAKAIAN PENGAWAS PEREMPUAN
PAKAIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER LELAKI
PENGAWAS PUSAT SUMBER PEREMPUAN
PAKAIAN PELAJAR NON MUSLIM
No comments:
Post a Comment