Saturday, January 10, 2015

E RPH 2015

Transformasi pengajaran Sememangnya tidak dinafikan cabaran menjadi seorang guru di zaman siber ini amat besar dan memerlukan satu transformasi cara pengajaran yang berkesan. Di sinilah terletaknya kebijaksanaan dan kreativiti guru dalam menyampaikan ilmu kepada generasi tanpa wayar sekarang ini.
Memetik kata-kata Prof Dr Sidek Baba dalam buku Pendidikan Rabbani, beliau menjelaskan bahawa pendidik bukan saja mempunyai ilmu pengetahuan, maklumat atau pengalaman, malah kepakaran mengenai sesuatu.
Melangkah ke tahun 2015 yang semakin mencabar pengetua SMK Ghafar Baba Pn Hjh Khalijah Abd Rahman telah  mengambil langkah untuk memulakan trasnformasi  iaitu dengan menggunakan aplikasi VLE FROG untuk guru guru menyediakan rancangan pengajaran harian atau lebih dikenali sebagi e-rph

Pada 4 Disember 2014 Pengetua bersama beberapa orang guru SMKGB iaitu Pn.Hjh Faridah Hassan (GPK 1), Pn Hjh Kamariah Zubel (GPK Tingkatan 6), Pn Norazlida Shamsuri ( Guru Bimbingan dan Kaunseling), Pn Siti Kamariah, Pn Aziah Ahmad ,Pn Nor Suhaila Abdul dan Pn Zarina Alias telah ke Sekolah Menengah Iskandar Shah untuk mempelajari e-rph melalui aplikasi VLE FROG.Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah terutamanya Tn Hj Zolkaply Bin Yunus pengetua SMKSIS kerana sudi menerima kunjungan daripada kami.


e rph

Sesi tunjuk ajar oleh pakar ICT


e rph

Sijil penghargaan daripada Tn Hj Zulkaply Yunus


e rph

Bersama peserta yang hadir 

Pada mesyuarat guru kali pertama iaitu pada 31 Disember 2014, semua guru telah didedahkan dengan cara untuk menggunaan VLE FROG untuk menghasilkan e RPH.Bukan itu sahaja, setiap panitia juga telah menjalankan in house training kepada ahli ahli panitia . Ada juga yang sanggup hadir ke sekolah setiap hari untuk melengkapkan e-rph masing-masing.
Guru-guru lelaki juga tidak terkecuali, mereka hadir ke sekolah pada hari Sabtu dalam kumpulan kecil bagi menyiapkan e-rph  yang akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 12 Januari 2015 ini.Semoga dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua guru ini dapat menjayakan aplikasi VLE-FROG dan e rph dan seterusnya dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajan bersama dengan murid.

e rph

Guru-guru bersemangat mengemaskini  e-rph masing masing

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, guru diharap akan gigih mencurahkan bakti mereka dengan ikhlas bagi melahirkan lebih ramai lagi modal insan berkualiti dari sudut ilmu, akhlak dan membentuk satu sistem nilai yang baik. Ingatlah bahawa pendidik terbilang melahirkan pelajar cemerlang.



No comments:

Post a Comment